Category: Sukan
-
‘Senyumlah Nur Dhabitah’ – Muhyiddin
TAN Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri atas aksi dan tentangan yang dipamerkan dalam saingan akhir 3 meter papan anjal wanita individu di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Sambil menyifatkan aksi Nur Dhabitah amat mengagumkan, Perdana Menteri berkata, biarpun tanpa pingat, kelibat dan aksi anak muda berusia 22…
-
‘Ini satu permulaan, saya tidak pulang dengan tangan kosong’ – Dhabitah
PENTAS final acara 3 meter papan anjal wanita di Olimpik Tokyo 2020 hari ini menyaksikan Malaysia begitu hampir menuai satu lagi pingat setelah atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri mendapat tempat ke-4, hari ini. Dhabitah menyudahkan lima terjunan dengan kutipan mata, 63.00 , 66.65, 61.50, 67.50 menjadikan jumlah keselurahan mata yang dipungut adalah 326.15. Jumlah…
-
Tahniah Malaysia! Syabas Aaron Chia-Soh Wooi Yik! – PM
KEJAYAAN beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik membawa pulang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 buat Malaysia pada hari mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin. Mahiaddin dalam hantaran Facebook rasmi beliau turut menyatakan kejayaan mereka menundukkan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza merupakan kemenangan dan sumbangan…
-
Dhabitah hadapi cabaran final dengan senyuman
HARAPAN pingat untuk Malaysia masih belum malap dengan kejayaanpenerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mara ke pusingan akhir acara 3 meter papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok. Dhabitah, 22, berjaya mara selepas manamatkan saingan separuh akhir di kedudukan keenam daripada 18 penerjun dengan mengumpul 312.60 mata selepas melengkapkan lima terjunan. Mata yang dikumpul…
-
Aaron Chia, Soh Wooi raih pingat gangsa pertama negara
SEMANGAT beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza, sebentar tadi. Ini merupakan kali kedua gandingan negara mengalahkan pasangan itu yang juga merupakan beregu nombor satu dunia dalam temasya olimpik kali ini, selepas pertemuan mereka Khamis lalu.…
-
Khairul Anuar gagal ke separuh akhir [VIDEO]
Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad tewas kepada wakil Korea Selatan, Kim Woo-Jin, 6-0 dalam pusingan 16 terbaik di Tokyo sebentar tadi, sekali gus menyaksikan impiannya mara ke suku akhir acara individu lelaki di Sukan Olimpik 2020, berkecai. Pemanah berpengalaman Khairul Anuar, sebelum ini menampilkan aksi cemerlang menempah slot ke pusingan 16 apabila mengatasi wakil Finland,…
-
Saya sudah memberikan segala-galanya – Varane
TIADA kontroversi, namun semuanya berlaku dengan penuh tertib dan hormat antara satu sama lain. Bermula dengan pertemuan bersama Pengerusi Real Madrid, Florentino Perez, Raphael Varane kemudiannya bertemu dengan rakan sepasukan dan menyampaikan ucapan perpisahan. “Terima kasih semua. Sepanjang 10 tahun lalu adalah pengalaman menakjubkan, bukan sahaja dari sudut emosi sebagai seorang insan biasa tetapi sebagai…
-
Usah kecewa – Nasihat Chong Wei pada Zii Jia
LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihatkan pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia agar tidak kecewa dengan kekalahan kepada Chen Long, dalam pusingan 16 terbaik Sukan Olimpik Tokyo 2020, semalam. Chong Wei menerusi hantaran Facebook, berkata, Chen Long bukan sebarang lawan, malah dia merupakan juara bertahan serta juara dunia dua kali. Ikon…
-
Siapa Azreen Nabila? [VIDEO]
Azreen Nabila Alias dilahirkan pada 29 Jun 2000 di Hospital Kuala Terengganu dan merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik. Olahragawati negara itu pada awalnya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan dalam bidang perniagaan. Namun, kasih kepada ibu bapa yang selalu memujuknya menyertai sekolah sukan di Setiu, Terengganu, Azreen akhirnya diturutkan jua.
-
[VIDEO] 5 Kejutan Olimpik Tokyo 2020
Temasya Olimpik Tokyo 2020 baru sahaja berlangung selama 6 hari namun kejutan demi kejutan dipamerkan oleh jaguh-jaguh dunia kali ini. Ini adalah lima kejutan Olimpik Tokyo 2020 setakat ini.