Pengundi luar tidak pulang jejas peluang PN – Faizal Azumu

0
157

PERATUSAN keluar mengundi yang rendah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu tidak berpihak kepada Perikatan Nasional (PN) berikutan golongan pengundi luar tidak balik mengundi.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata faktor itu menyebabkan calon PN, Khairul Azhari Saut menerima peratusan undi rendah.

“Saya fikir PRK kali ini, sekumpulan pengundi, terutama golongan yang bekerja di luar tidak mengambil kesempatan untuk pulang mengundi.

“Dari situ kita lihat ada peratusan rendah.

“Kalau dari segi dakwaan ada boikot, saya lihat lebih kepada pengundi pihak sebelah sana, yang mana sokongan daripada pengundi tegar mereka telah menurun daripada analisis awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN di Batang Kali di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Keputusan PRN malam ini menyaksikan Khairul Azhari meraih 10,131 undi selepas dikalahkan calon daripada Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yang memperoleh majoriti 3,869 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here