Usah kecewa – Nasihat Chong Wei pada Zii Jia

0
300

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihatkan pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia agar tidak kecewa dengan kekalahan kepada Chen Long, dalam pusingan 16 terbaik Sukan Olimpik Tokyo 2020, semalam.

Chong Wei menerusi hantaran Facebook, berkata, Chen Long bukan sebarang lawan, malah dia merupakan juara bertahan serta juara dunia dua kali.

Ikon badminton negara itu juga berkata, kekurangan Zii Jia hanyalah kesilapan di saat-saat penting akibat rasa gugup.

Semalam, langkah Zii Jia di Tokyo tersekat selepas tewas 21-8, 19-21, 5-21 kepada Chen Long, pemain sama yang mengecewakan Chong Wei dalam perebutan emas di Rio 2016.

“Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olympic 3 tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya di’tangguh’kan.“ katanya.

Chong Wei turut berkata, bahawa beliau tetap bangga dengan Zii Jia dan menyatakan perlawanan pertama beliau di Olimpik juga tidak kemas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here