PERTAHANAN Liverpool, Virgil van Dijk kembali beraksi buat pertama kali selepas sembilan bulan dalam perlawanan persahabatan di Austria.
Pemain berusia 30 tahun itu dimasukkan pada minit ke-69 dalam aksi persahabatan menentang Hertha Berlin di Austria pada Khamis, sebelum Liverpool tewas 4-3
Van Dijk cedera ligamen lutut dalam pertemuan tetangga Merseyside menentang Everton pada Oktober.
Dia tidak dapat membantu Livepool sehingga tamat musim yang menyaksikan mereka gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), dan negaranya, Belanda pada saingan Euro 2020.
“Sukar untuk menerangkan perasaan saya, tetapi penting untuk saya katakan, saya bersyukur mendapat sokongan begitu ramai insan yang hebat. Pakar bedah, jurufisio, jurulatih dan kakitangan yang berada bersama saya sejak hari pertama.
“Usaha ini tidak akan berhenti sekarang. Ia baru bermula. Kami akan terus berusaha,” kata Van Dijk.
Turut membuat penampilan semula adalah Joe Gomez yang juga cedera di bahagian lutut ketika mewakili England pada Oktober.
“Saya tidak pasti, 260 hari buat Virg dan juga Joe tidak bermain bola, jadi saya gembira mereka kembali,” kata pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.
Liverpool memulakan kempen EPL di Norwich City pada 14 Ogos. – AGENSI
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.