Keselamatan dan ketenteraman awam terkawal – PDRM

0
289

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara berada dalam keadaan terkawal, susulan perkembangan terbaharu kemelut politik negara.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, orang ramai diminta untuk tidak bimbang kerana pihaknya akan memastikan tahap keselamatan kekal berada pada tahap selamat.

“Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menzahirkan dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dipetik berkata, baginda turut menzahirkan dukacita kerana yang diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika majlis menghadap secara maya 24 Julai lalu, cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan sudah tidak dilaksanakan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here