Saya sudah memberikan segala-galanya – Varane

0
254

TIADA kontroversi, namun semuanya berlaku dengan penuh tertib dan hormat antara satu sama lain. 

Bermula dengan pertemuan bersama Pengerusi Real Madrid,  Florentino Perez, Raphael Varane kemudiannya bertemu dengan rakan sepasukan dan menyampaikan ucapan perpisahan.

“Terima kasih semua. Sepanjang 10 tahun lalu adalah pengalaman menakjubkan, bukan sahaja dari sudut emosi sebagai seorang insan biasa tetapi sebagai pemain bola sepak profesional. 

“Saya mahu meninggalkan anda semua dengan perasaan bahawa saya meninggalkan selepas memberikan segala-galanya dan berkongsi memori indah…Saya sangat emosi sekarang.

“Selamat maju jaya untuk anda semua, harap dapat melalui musim indah tahun ini, selamat jumpa lagi dan saya sayang anda semua,” katanya.

Varane dijangka menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan sekitar RM282 juta.

Varane bek tengah Perancis menyertai Los Blancos daripada kelab Lens pada 2011 membuat 360 penampilan dalam semua pertandingan bersama Real, memenangi 18 kejohanan utama termasuk empat gelaran Liga Juara-Juara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here