Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad tewas kepada wakil Korea Selatan, Kim Woo-Jin, 6-0 dalam pusingan 16 terbaik di Tokyo sebentar tadi, sekali gus menyaksikan impiannya mara ke suku akhir acara individu lelaki di Sukan Olimpik 2020, berkecai.
Pemanah berpengalaman Khairul Anuar, sebelum ini menampilkan aksi cemerlang menempah slot ke pusingan 16 apabila mengatasi wakil Finland, Antti Vikstrom, dan wakil China, Wang Dapeng.
Bertemu atlet pilihan kelima kejohanan, Kim Woo-jin, yang telah memenangi pingat emas acara berpasukan lelaki, menjadi halangan buat Khairul Anuar dalam merebut slot ke suku akhir.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.