Tanah runtuh; 200 terputus hubungan, tiga hilang

0
294

SEBUAH lebuh raya utama di Hichamal Pradesh terpaksa ditutup ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini.

Kejadian itu menyebabkan lebih 200 penduduk di Lahaul-Spiti terputus hubungan dengan kawasan lain.

Tiga orang pendaki pula dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh awal minggu ini.

Menurut laporan Live Mint, lebuh raya tersebut terpaksa untuk ditutup buat sementara waktu akibat daripada tanah runtuh yang memusnahkan satu jalan raya di Paonta Sahib, daerah Sirmaur.

Sehubungan itu, lalu lintas telah dialihkan ke jalan yang menerusi Vikasnagar dari Kaffota.

Dalam kenyataan daripada Pengarah Pengurusan Bencana Negeri, Sudesh Kumar Mokhta mengatakan bahawa orang yang tersekat tidak dapat dipindahkan buat masa ini ekoran daripada cuaca yang teruk untuk menghantar helikopter.

β€œ221 orang adalah daripada daerah Udaipur manakala 191 lagi adalah daripada tujuh negeri yang berlainan,” katanya.

Mokhta turut menambah bahawa tiga orang pendaki dilaporkan hilang.

β€œSalah seorang daripada mereka adalah daripada Rajasthan manakala maklumat dua indvidu lagi masih belum dikenal pasti,” tambahnya.

Hichamal Pradesh yang telah mengalami beberapa kejadian hujan lebat dan tanah runtuh tahun ini mungkin tidak menunjukkan tanda reda berikutan cuaca yang buruk diramalkan berterusan beberapa hari yang mendatang.

Jabatan meteorologi tempatan telah mengeluarkan amaran cuaca buruk di negeri itu bakal berlarutan sehingga 3 Ogos ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here