PPV tanpa janji temu buat individu 40 tahun ke atas, komorbiditi di Lembah Klang bermula 2 Ogos

0
259

PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) secara terus tanpa janji temu atau walk-in di Lembah Klang akan memulakan operasi pada 2 Ogos ini khusus buat golongan 40 tahun ke atas dan yang mempunyai komorbiditi.

Namun tidak semua PPV boleh menerima individu tanpa janji temu kerana senarai premis dibenarkan hanya akan dikeluarkan oleh Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bukan semua PPV menerima individu tanpa janji temu itu.

Katanya, senarai PPV yang dibenarkan akan dikeluarkan dalam masa terdekat hari ini menerusi siaran media CITF bagi mengelakkan daripada masalah berita palsu.

“Saya harap mereka yang menerima mesej tular di WhatsApp berkenaan senarai PPV dengan vaksin tertentu untuk walk-in itu adalah tidak benar.

“Bagi walk-in kaedah adalah first come first serve atau siapa dulu dia dapat. Ia bergantung kepada kapasiti PPV itu,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, orang ramai yang datang un tuk vaksinasi tanpa janji temu di PPV akan dimaklumkan mengenai berapa ramai atau kapasiti sehari untuk imunisasi.

Ujar beliau, mereka yang tidak dapat suntikan vaksin akan diberikan keutamaan pada keesokan harinya dan ia menjadi kaedah pelaksanaan PPV walk-in bagi Lembah Klang dan perinciannya nanti akan diedarkan kenyataan media.

“PPV yang terbabit juga akan mengutamakan individu yang sudah mempunyai janji temu untuk suntikan vaksin,” jelasnya.

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berkata, kaedah walk-in untuk PPV ditetapkan juga akan dibuka kepada 18 tahun ke atas bermula 5 Ogos ini.

“Jadi ditegaskan sekali lagi vaksinasi di Lembah Klang, apabila kita selesai Operasi Lonjakan Kapasiti pada 1 Ogos seterusnya pada 2 Ogos akan dimulakan dengan vaksinasi secara walk-in di Lembah Klang bukan esok (1 Ogos),” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here