San Marino, negara terkecil raih pingat Olimpik pertama selepas 61 tahun mencuba

0
314

BARU-BARU ini, Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan satu lagi sejarah apabila San Marino menjadi negara terkecil yang memenangi pingat Olimpik.

Atletnya, Alessandra Perilli meraih gangsa dalam acara menembak, sekaligus menjadi orang pertama memenangi pingat Olimpik dalam negara yang hanya mempunyai 34,000 penduduk.

San Marino juga berjaya memecahkan rekod Bermuda, dua hari selepas atletnya, Flora Duffy memenangi pingat emas dalam acara triatlon wanita.

Negara kecil yang berpusat di utara Itali, juga menjadi negara yang mempunyai penduduk paling sikit untuk memenangi pingat dalam sejarah sukan musim panas atau musim sejuk.

Perilli yang pernah menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik di London pada tahun 2012, menebus kesilapannya sembilan tahun kemudian selepas menamatkan saingannya di belakang pemenang pingat emas, Zuzana Stefecekova dari Slovakia dan Kayle Browning, dari Amerika Syarikat yang meraih pingat perak.

“Semasa aksi final, apabila penembak kelima tersingkir, saya hanya memikirkan tidak mahu sekali lagi menamatkan saingan di tempat keempat, jadi saya perlu cuba yang terbaik”, katanya.

Menurut Alessandra Perilli, ini merupakan pingat pertama buatnya dan negara. Dia cukup berbangga walaupun datang dari negara yang kecil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here