Polis berpangkat konstabel antara ditahan atas dakwaan culik, bunuh

0
281

SETELAH dua bulan insiden seorang lelaki berusia 28 tahun diculik dan dipukul sehingga mati di Ashok Nagar, Polis Delhi telah menahan seorang anggota polis berpangkat konstabel bersama tiga orang lagi rakan subahatnya.

Empat suspek, konstable Monu Sirohi, Vikas, Vineet dan Harish dipercayai telah menculik mangsa yang dikenal pasti sebagai Ajeet Kumar di dalam sebuah kerata pada Jun lalu setelah bergaduh kerana berebut tempat letak kereta.

Pihak berkuasa Delhi mengatakan bahawa suspek turut dipercayai memukul mangs sehingga mati dan membuang mayat mangsa ke dalam satu saluran dan masih belum dijumpai hingga kini.

Menurut The Indian Express, pihak berkuasa menemui satu video yang merakam keempat-empat suspek memukul dua orang mangsa, Kumar dan rakannya Atul sebelum mengheret kedua-dua mangsa ke dalam sebuah kereta.

Atul bagaimanapun berjaya melarikan diri manakala Kumar ditinggalkan oleh suspek setelah dipukul sehingga mati.

Deputi Komisioner Polis, Priyanka Kashyap mengatakan bahawa Sirohi mengaku bersalah ketika disoal siasat.

“Kami telah menahan Siroh dan rakan subahatnya dalam satu kes culik dan bunuh, serta telah merampas kereta yang digunakan untuk menculik Kumar.

“Siasatan lanjut telah dijalankan untuk mengenal pasti keberadaan mayat mangsa dan menahan dua lagi suspek,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here