Tips untuk menjaga kesihatan mental ketika pandemik

0
367

Situasi pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan ini membuatkan orang ramai sedikit sukar untuk menyesuaikan diri untuk terus berkurung di rumah.

Lebih-lebih lagi apabila terdapat beberapa rakyat Malaysia yang dibuang kerja dan harus mencari jalan baharu untuk meneruskan kehidupan, bukan sahaja wabak ini membawa kematian, tetapi ia juga membawa kepada perubahan rutin harian.

  1. Mengamalkan cara hidup yang sihat

Melakukan aktiviti senaman adalah penting untuk menguatkan sistem imun badan bagi menghalang tekanan dan gangguan kebimbangan.

Aktiviti senaman juga dapat memberikan ketenangan mental kerana ia dapat membuatkan darah berjalan dengan lebih lancar ke seluruh badan dan ia juga dapat mengalihkan perhatian kita kepada perkara yang lain daripada berfikir perkara yang tidak sepatutnya.

Selain daripada kekalkan kesihatan mental, dengan senaman juga anda boleh kekalkan kesihatan fizikal anda.

Tidur yang mencukupi dan pemakanan yang sihat juga dapat membantu kesihatan mental dan emosi anda serta secara tidak langsung dapat mengelakkan kebosanan, keresahan dan berfikir secara berlebihan.

Selain daripada tidur yang mencukupi, pemakanan yang sihat turut mempengaruhi kehidupan harian seseorang, kerana pemakanan yang sihat dapat mencegah diri daripada pelbagai penyakit termasuk kemurungan.

  1. Kukuhkan hubungan sosial

Memperkukuhkan hubungan dan aktiviti sosial dapat mempengaruhi kesihatan mental kerana dalam kehidupan ini, seseorang memerlukan pendengar untuk curahan isi hati.

Dalam keadaan pandemik ini, anda harus mementingkan komunikasi sosial anda bersama orang yang rapat seperti ahli keluarga dan rakan-rakan.

Jika anda berasa keseorangan, dengan teknologi yang serba moden kini anda hanya perlu untuk melakukan panggilan video bersama ahli keluarga atau rakan anda untuk bertanya khabar dan sebagainya.

Anda juga boleh bercerita tentang masalah anda kepada ahli keluarga atau rakan melalui aplikasi dalam telefon pintar dan pada masa yang sama dapat mengelakkan anda daripada berasa keseorangan.

  1. Berfikir secara positif

Antara langkah yang efektif dalam menjaga kesihatan mental dan emosi adalah, seseorang individu harus berfikir dengan positif tentang diri sendiri.

Berfikir secara positif juga dapat meningkatkan daya keyakinan diri serta dapat menjaga kesihatan mental kita dengan daya keyakinan diri yang tinggi.

Berfikiran negatif boleh menyumbangkan diri anda kepada stres dan kemurungan, jadi setiap kali anda berfikiran negatif, pastikan anda berfikir sebaliknya dan bentukkannya dengan perkara yang positif.

  1. Ketahui fakta Covid-19

Kebanyakan individu mudah tertekan dan mengalami kerisauan apabila menghadapi situasi yang tidak diketahui seperti Covid-19.

Dengan mengetahui fakta yang penting tentang wabak ini, anda boleh merancang dan bersedia tetapi haruslah merujuk sumber yang dipercayai dan tepat.

Sebagai contoh, ambil tahu tentang simptom wabak Covid-19 iaitu demam, batuk, sesak nafas, sakit tekak dan selsema.

Anda juga harus mengetahui fakta tentang langkah-langkah mengelak dari berjangkit wabak ini supaya dapat menjadikan anda lebih berhati-hati dan tidak mengalami keresahan atau kerisauan.

Ini dapat membantu otak anda supaya bersedia menghadapi perkara yang susah untuk dihadapi dan mengelakkan diri daripada serangan panik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here