SUKAR untuk dipercayai, namun begitulah realiti yang memberikan senyuman kepada seluruh rakyat Malaysia setelah pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik menewaskan pasangan beregu lelaki nombor satu dunia dari Indonesia dalam perlawananan suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.
Perlawanan suku akhir menyaksikan pasangan beregu negara ini menundukkan Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon 21-14, 21-17 dengan corak permainan yang pantas dalam tempoh kurang sejam, sebentar tadi.
Kemenangan ini mengesahkan tempat bagi Aaron Chia-Wooi Yik untuk ke peringkat separuh akhir dalam acara badminton beregu lelaki Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Julai, Jumaat ini.
Semalam, atlet perseorangan lelaki negara, Lee Zi Jia berjaya ke pusingan 16 terbaik setelah menundukkan lawannya dari Perancis, Brice Leverdez 21-17, 21-5 pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo Jepun.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.