Tag: Datuk Seri Najib Razak
-
AGC siasat ‘memo bocor’ cadang gugur pertuduhan pada Najib
JABATAN Peguam Negara (AGC) menyiasat dakwaan dokumen bocor berkaitan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah. Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bagaimanapun enggan mengulas berkaitan kandungan dokumen 12 halaman itu. “Kami sedang siasat kebocoran dokumen itu,” kata Idrus kepada The Star. Dokumen itu didakwa sebagai memo dalaman…
-
Peguam Kanan UK Jonathan Laidlaw gagal rayuan wakili Najib
PEGUAM Kanan dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw gagal dalam rayuannya untuk diterima masuk sebagai peguam bagi mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. BH melaporkan,panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof, bersama-sama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais sebulat suara membatalkan…
-
Pecah amanah RM6.6 bilion: Najib kemuka representasi kedua
DATUK Seri Najib Tun Razak telah menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah. Najib dan Mohd Irwan didakwa pada 2018 atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International…
-
RM1 juta daripada Najib untuk ganti pencen Sharir – Saksi
MAHKAMAH Tinggi pada Khamis diberitahu, dana berjumlah RM1 juta yang diterima Tan Sri Shahrir Ab Samad daripada Datuk Seri Najib Razak adalah bagi menggantikan wang pencennya yang digunakan bagi kerja kegiatan politik di kawasan Parlimen Johor Bahru. Shahrir turut memohon secara lisan kepada Najib supaya wang itu digantikan ketika bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu…
-
Najib tak sedia, mohon beri keterangan kes Shahrir 5 Januari ini
DATUK Seri Najib Razak tidak bersedia untuk memberikan keterangan hari ini sebagai saksi pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram dihadapi bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Ab Samad. Shahrir didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah…
-
Najib gagal cabar keputusan Jabatan Penjara
DATUK Seri Najib Razak gagal mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara yang tidak membenarkannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat penggal ini. Najib yang kini menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, mahu mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara yang disampaikan melalui Penjara Kajang pada 28 September…
-
Tiada nama anak Najib dihantar sebagai calon di Pekan
UMNO Bahagian Pekan mengesahkan tiada nama anak Datuk Seri Najib Razak dihantar untuk dipilih sebagai calon kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) depan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly mengesahkan daripada lima nama yang dihantar kepada pusat untuk memilih calon tiada nama anak bekas Perdana Menteri bergelar banduan tersebut. “Tidak…
-
Kes SRC International: Peguam Najib tidak kemuka hujah rayuan akhir
Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik memilih untuk tidak mengemukakan hujahan dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu. Sebaliknya, Hisyam yang sepatutnya terlebih dulu berhujah sebelum dibalas oleh pendakwaan, memilih untuk bersandarkan kepada hujahan yang dikemukakan Najib ketika di peringkat Mahkamah Rayuan, lapor…
-
Najib arah pinda laporan audit untuk lindung diri sendiri – Saksi
SEORANG pegawai SPRM hari ini berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin meminda laporan audit 1MDB pada 2016 atas tujuan melindungi dirinya daripada kesan undang-undang. Hanif Lami berkata demikian ketika prosiding di depan hakim Mohamed Zaini Mazlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dia merupakan saksi pendakwaan ke-16 dalam kes pinda laporan…