Pecah amanah RM6.6 bilion: Najib kemuka representasi kedua

0
169

DATUK Seri Najib Tun Razak telah menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Najib dan Mohd Irwan didakwa pada 2018 atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

“Jadi, kami perlukan masa untuk meneliti surat representasi kerana kes ini melibatkan dokumen yang banyak.

“Saya telah diarah memohon satu lagi tarikh pengurusan kes untuk Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mempertimbangkan representasi ini,” kata Muhammad Saifuddin.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan memohon satu tarikh dalam tempoh masa sebulan.

Hakim Muhammad Jamil menetapkan 12 Sept depan untuk pengurusan kes.

Najib mengemukakan representasinya dua tahun lepas tetapi ditolak manakala representasi dihantar Mohd Irwan pada 2020 tidak dijawab AGC, sehubungan itu Mohd Irwan menghantar permohonan representasi baharu pada Mac lepas.

Pada 24 Okt 2018, Najib, 70, dan Mohd Irwan, 66, mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here