Najib gagal cabar keputusan Jabatan Penjara

0
241

DATUK Seri Najib Razak gagal mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara yang tidak membenarkannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat penggal ini.

Najib yang kini menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, mahu mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara yang disampaikan melalui Penjara Kajang pada 28 September lalu, menolak permohonannya menghadiri sidang Parlimen atas alasan keselamatan.

Dalam keputusan hari ini, Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran itu, selepas mendapati permohonannya kini bersifat akademik, berikutan pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

Ahmad Shahid berkata, dengan pembubaran itu, bermakna sidang Dewan Rakyat sudah berakhir dan Najib bukan lagi Ahli Parlimen Pekan, menjadikan perisytiharan yang dimohon oleh Najib bukan lagi isu yang boleh dipertimbang oleh mahkamah.

Dalam permohonan difailkan 5 Oktober lalu, bekas perdana menteri itu yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kerajan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Jabatan Penjara sebagai responden.

Melalui notis permohonannya, penyandang Ahli Parlimen Pekan itu memohon antaranya perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang tidak membenarkannya untuk mendapatkan akses kepada pegawai atau pembantu, bagi tujuan menjalankan kerja di kawasan parlimennya lapor BH Online.

Beliau juga memohon perintah sama untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang tidak membenarkan hadir pada persidangan Dewan Rakyat.

Turut dimohon, perintah mandamus supaya responden mengambil semua langkah perlu untuk membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat pada tarikh yang sudah ditetapkan serta relif, perintah dan lain-lain arahan yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here