Kes SRC International: Peguam Najib tidak kemuka hujah rayuan akhir

0
262

Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik memilih untuk tidak mengemukakan hujahan dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Sebaliknya, Hisyam yang sepatutnya terlebih dulu berhujah sebelum dibalas oleh pendakwaan, memilih untuk bersandarkan kepada hujahan yang dikemukakan Najib ketika di peringkat Mahkamah Rayuan, lapor BH Online.

Sejurus mahkamah memutuskan untuk tidak menerima permohonan Hisyam menarik diri daripada mewakili Najib, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Tuan Maimun Tuan Mat yang memerintahkan prosiding rayuan akhir itu dimulakan.

Tengku Maimun: Kamu mahu mengemukakan hujahan lanjut?

Hisyam: Tidak

Tengku Maimun: Adakah kamu sahkan bahawa kamu tidak ada apa-apa untuk dinyatakan berhubung 94 alasan dalam petisyen rayuan ini?

Hisyam: Saya tiada apa-apa untuk dinyatakan.

Tengku Maimun: Jadi adakah kamu bergantung kepada hujahan daripada Mahkamah Rayuan mengenai penemuan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi?

Hisyam: Hujahan daripada yang terdahulu, Ya.

Tengku Maimun kemudian berkata, oleh kerana rayuan akhir itu membabitkan kepentingan awam, mahkamah dengan itu memanggil pendakwa raya untuk mengemukakan hujahan terlebih dahulu untuk memberikan peguam perayu lebih masa untuk bersedia dengan rayuannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here