Category: Pilihan

  • Pencapaian Menteri dinilai 100 hari pertama

    Pencapaian Menteri dinilai 100 hari pertama

    SETIAP kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. “Saya akan pastikan Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi,” katannya dalam perutusan khas mengumumkan pembentukan Kabinet di Putrajaya hari…

  • [VIDEO] Saya bukan penyanyi, hanya mahu luah isi hati rakyat – Azman Naim

    [VIDEO] Saya bukan penyanyi, hanya mahu luah isi hati rakyat – Azman Naim

    PENYANYI lagu parodi media sosial, Azman Naim 44 Mantra yang popular dengan lagu-lagu saduran berunsur nasihat memberitahu apa yang dilakukannya selama ini hanya untuk meluahkan isi hati rakyat. Pemilik nama sebenar Mohd Nur Azman Naim berusia 36 itu berkata, tidak pernah terlintas difikirannya untuk menjadi penyanyi, namun berharap mesej lagu dihasilkan sampai kepada kerajaan. Populariti…

  • Tiada pengumuman Kabinet hari ini – PMO

    Tiada pengumuman Kabinet hari ini – PMO

    SENARAI barisan menteri kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang baharu dilantik Datuk Seri Ismail Sabri tidak akan diumumkan hari ini. “Tiada pengumuman dibuat oleh YAB PM hari ini,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO). Banyak pihak membuat spekulasi bahawa senarai nama barisan menteri kabinet itu akan diumumkan hari ini selepas Ismail Sabri menyerahkan senarai cadangannya…

  • Ismail Sabri persembah senarai Kabinet kepada Agong

    Ismail Sabri persembah senarai Kabinet kepada Agong

    ISTANA Negara hari ini mengesahkan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima persembahan senarai anggota jemaah menteri Kabinet baharu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz di Kuantan. Dalam kenyataan melalui Facebook, Istana Negara memaklumkan Al-Sultan Abdullah menerima menghadap Perdana Menteri selama 1…

  • [VIDEO] Bersama pulih negara di bawah ‘Keluarga Malaysia’ – Ismail Sabri

    [VIDEO] Bersama pulih negara di bawah ‘Keluarga Malaysia’ – Ismail Sabri

    DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memperkenalkan penggunaan frasa Keluarga Malaysia bagi mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik bersama berganding bahu membawa keluar negara ini daripada pandemik COVID-19. Perdana Menteri berkata, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana baginya, keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga. “Saya menggunakan pendekatan Keluarga…

  • [VIDEO] ‘Saya rasa lega’. Jawatan itu keduniaan, keredaan Tuhan lebih penting – Muhyiddin

    [VIDEO] ‘Saya rasa lega’. Jawatan itu keduniaan, keredaan Tuhan lebih penting – Muhyiddin

    Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehidupan adalah sebuah perjalanan dengan matlamat utamanya adalah keredaan Tuhan. Sehubungan itu beliau tidak berasa apa-apa pun apabila kehilangan jawatan Perdana Menteri kerana jawatan tersebut hanya bersifat keduniaan. Muhyiddin menambah, beliau sentiasa percaya seseorang itu perlu melakukan perkara yang betul. “Pertimbangan kita ini bukan duniawi, sebab itu…

  • Ismail Sabri sah Perdana Menteri ke-9

    Ismail Sabri sah Perdana Menteri ke-9

    YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu selepas menerima sokongan 114 Ahli Dewan Rakyat. lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada jam 2.30 petang esok, di lstana Negara. Ismail Sabri, 61, yang juga…

  • Jiwa besar dan kemurahan hati Muhyiddin

    Jiwa besar dan kemurahan hati Muhyiddin

    BAGAIMANA Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh mencadangkan individu daripada parti yang menjadi punca beliau meletakan jawatan Perdana Menteri (PM) dan kerajaannya tumbang, menjadi persoalan yang bermain dalam fikiran pegawai kanannya, Datuk Dr Marzuki Mohamad. Namun itulah hakikatnya apabila melihat sisi jauh pada diri lelaki ini yang tegas dengan prinsip menegakkan undang-undang dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.…

  • Sokongan PN terhadap Ismail Sabri bersyarat, kata Muhyiddin

    Sokongan PN terhadap Ismail Sabri bersyarat, kata Muhyiddin

    SOKONGAN yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baharu adalah bersyarat. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sokongan bersyarat itu adalah selaras dengan prinsip gabungan politik tersebut untuk mempertahankan kerajaan yang berintegriti. “Sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Kebawah Duli Yang…

  • [VIDEO] Tuduhan fitnah semata-mata, saya maafkan mereka – Ebit Lew

    [VIDEO] Tuduhan fitnah semata-mata, saya maafkan mereka – Ebit Lew

    PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew menyifatkan tuduhan yang mengaitkannya dengan kes yang sedang disiasat polis sebagai fitnah melampau semata-mata. Ditemui selepas selesai memberi keterangan di Bukit Aman sebentar tadi, dia bagaimanapun berkata, sudah memaafkan mereka yang melempar fitnah berkenaan. Ebit Lew berkata, kehadirannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah…