Dalam masa tiga hari UMNO sudah kalah kepada DAP soal pertahan dasar parti

UMNO tertubuh kerana perjuangan orang Melayu menentang dasar penjajah British yang mahu menyamaratakan hak semua penduduk di Tanah Melayu. Malaysian Malaysia adalah penerusan dasar penjajah itu.

0
502

Oleh DR MARZUKI MOHAMAD

PADA 30 Ogos 2023, ahli MT UMNO Datuk Nur Jazlan Mohamed buat kenyataan DAP mesti gugurkan agenda Malaysian Malaysia dan negara sekularnya untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada UMNO.

Bagi Nur Jazlan inilah masalah besar yang dihadapi oleh UMNO sekarang. Orang Melayu tolak UMNO kerana mereka tak suka DAP. Mungkin ini jugalah masalah yang difikirkan oleh orang-orang UMNO yang lain.

Pada hari yang sama, Ahli Parlimen DAP, RSN Rayer kata Nur Jazlan salah faham dan beri bayangan tidak ada masalah dengan dasar perjuangan Malaysian Malaysia dan negara sekular DAP. Yang bermasalah ialah Nur Jazlan kerana tak faham perjuangan DAP.

Tiga hari kemudian, iaitu pada 2 September 2023, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kata DAP tak akan gugurkan dasar Malaysian Malaysia dan negara sekular yang menjadi teras perjuangan partinya. Mana mahunya. Dasar itulah yang membolehkan DAP mendapat 98% sokongan kaum Cina. DAP parti Cina.

Pada hari yang sama, Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi kata apa yang diperkatakan oleh Nur Jazlan itu adalah pandangan peribadinya. Bukan pendirian parti.

Habis cerita. Tutup buku.

Apa rumusan yang boleh kita buat daripada episod ini?

Dalam masa 3 hari saja UMNO kalah dengan DAP dalam perkara dasar yang menjadi pegangan UMNO sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1946.

Ingat, UMNO tertubuh kerana perjuangan orang Melayu menentang dasar penjajah British yang mahu menyamaratakan hak semua penduduk di Tanah Melayu. Malaysian Malaysia adalah penerusan dasar penjajah.

Zahid Hamidi Presiden UMNO/Pengerusi BN/Timbalan Perdana Menteri tunduk kepada Anthony Loke Setiausaha Agung DAP/Menteri Pengangkutan.

Keberadaan UMNO dalam kerajaan tak mampu untuk pertahankan hak Melayu. Sekadar jadi pasu bunga saja. Timbalan Perdana Menteri kalah dengan Menteri Pengangkutan.

Yang paling jelas, DAP tak peduli UMNO hilang sokongan Melayu. Tak ada gunanya UMNO jadi parti Melayu tapi tak dapat sokongan Melayu. UMNO akan mati dan DAP tak peduli jika UMNO mati.

DAP hanya perlukan UMNO pada masa ini sahaja untuk cukupkan majoriti 2/3 kerajaan PH. Dengan itu DAP boleh merealisasikan impian mereka untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah kerusi-kerusi yang didominasi oleh DAP dalam PRU-16.

Apabila ini berlaku, DAP tak perlukan UMNO lagi. Biarlah UMNO mati. Malah bagi DAP lebih baik UMNO mati saja kerana itulah kehendak perjuangan DAP dari awal lagi.

PENULIS ADALAH BEKAS KETUA SETIAUSAHA SULIT PERDANA MENTERI KELAPAN

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan SatuBerita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here