Tabika, institut memandu, kolam pancing antara dibenar beroperasi, ziarah kubur juga dibenarkan

0
230

KERAJAAN hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran sektor sosial dan pendidikan di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA), Pusat Jagaan Harian dan Pusat Perkembangan Minda di negeri terbabit juga dibenarkan beroperasi.

Katanya, pengendali dan pekerja di pusat itu perlu menerima vaksinasi lengkap sebelum dibenarkan beroperasi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kolam memancing juga dibenarkan beroperasi, dengan mematuhi syarat vaksinasi lengkap dan ketetapan mengikut fasa PPN.

Bagi Fasa 1, dari jam 6 pagi hingga 8 malam di daerah sama dan Fasa 2, 6 pagi hingga 10 malam di negeri sama.

“Selain itu, pengoperasian Institut Latihan Sektor Pengangkutan Udara dan Darat dibenarkan di negeri Fasa 2 PPN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri menambah, aktiviti ziarah kubur Islam dibenarkan bagi setiap fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Katanya, aktiviti ziarah kubur bukan Islam juga dibenarkan dengan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Selain itu, katanya, kapal persiaran dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti dan semua anak kapal serta penumpang mesti lengkap divaksin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here