Pengerusi Persatuan Tidur Singkat hanya tidur 30 minit sehari sejak 12 tahun lalu

0
1281

SEORANG lelaki di Jepun mendakwa dia hanya tidur selama 30 minit sehari sejak 12 tahun lalu, namun kekal sihat hingga hari ini.

Daisuke Hori, 36, dari Jepun, berkata, walaupun hanya 30 minit, dia hampir tidak berasa letih, malah telah mengajar teknik tidur berkenaan kepada ratusan orang lain dengan harapan mereka akan dapat gaya hidup ‘produktif’

Daisuke yang juga Pengerusi Persatuan Tidur Singkat menambah, beliau memulakan eksperimen mengurangkan waktu tidur dari lapan jam kepada 30 minit, setelah berasa tempoh baki 16 jam tidak cukup untuk melakukan aktiviti harian.

Daisuke Hori juga merupakan Pengerusi Persatuan Tidur Singkat.

“Sehingga kini saya masih sihat dan bertenaga” ujarnya seperti dilaporkan Oditty Central.

Bagi membuktikan perkara yang dilakukannya benar, Daisuke telah mengajak stesen televisyen untuk merakam kehidupannya selama 24 jam sehari selama tiga hari.

Hasilnya, Daisuke bukan sahaja dirakam tidur 30 minit sehari, tetapi pada hari tertentu kurang 30 minit.

Daisuke mengakui keupayaan itu bukan dicapai dalam waktu singkat tetapi latihan secara perlahan-lahan selama beberapa tahun.

Beliau juga mengakui mengambil kafein bagi menghilangkan rasa mengantuk jika ada.

“Selalunya saya akan menghabiskan masa bersembang dengan rakan-rakan lain daripada Persatuan Tidur Singkat, selain ke gimnasium, membaca, menulis dan bersosial.

Pakar perubatan mengesyorkan setiap individu mendapatkan masa tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk kekal sihat dan produktif. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here