Tag: buruh
-
Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
SEORANG buruh didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang pemandu teksi. Tertuduh Muhammad Hanif Mohd Rosli, 29, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu…
-
Buruh didakwa rogol anak tiri bawah umur
SEORANG buruh didakwa di Mahkamah Sesyen pada Selasa atas tuduhan merogol anak tiri, Jun lalu. Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Lelaki itu didakwa merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun tujuh bulan ketika kejadian yang mana tertuduh tidak boleh berkahwin dengan…
-
Buruh didakwa tikam hingga mati lelaki di restoran makanan segera
SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Rantau Panjang, Kelantan pada 2017. Tertuduh, Saw Kim San, 37 yang juga seorang buruh bagaimanapun hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy. Memetik laporan Astro AWANI, mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan bunuh sehingga…
-
Buruh miliki 781 pil dadah bernilai RM7,810 ditahan
POLIS menahan seorang buruh berusia 33 tahun dan merampas 781pil disyaki dadah bernilai RM,7810 di Kampung Batu Jong, Kuala Krai, pagi semalam. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pada jam 1.15 pagi semalam, ketika membuat rondaan cegah jenayah di jalan kampung berkenaan, anggota bertugas melihat suspek yang sedang berjalan dalam keadaan mencurigakan. Katanya,…
-
Buruh Bangladesh maut terjatuh dalam Sungai Nenggiri
SEORANG buruh warga Bangladesh ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri ketika bekerja di tapak projek Hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Star di Gua Musang, semalam. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Md Kashem Sikdar, 35, dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika melakukan kerja memanjat besi…
-
Mayat buruh lemas ditemui selepas 30 jam
MAYAT seorang buruh yang lemas semasa mandi bersama rakannya di Sungai Lebir, Manek Urai, Kuala Krai kelmarin ditemui dalam keadaan terapung di kawasan sungai tersebut selepas lebih 30 jam hilang. Mangsa, Mohd. Zulkifli Salleh, 31, dijumpai kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi dia mandi selepas memancing bersama tiga rakannya oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota…
-
Dua buruh warga Myanmar didakwa bunuh pemilik kebun
DUA buruh warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemilik kebun buah naga bulan lepas. Yan Mai dan Maung Piaw, kedua-duanya berusia 19 tahun mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret V. Vanita. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang…
-
Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak 10 tahun
SEORANG buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan melakukan amang fizikal seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, 10 Disember lalu. Tertuduh yang berusia 56 itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason. Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang fizikal ke atas mangsa…
-
Buruh maut, rakan parah kemalangan 3 kereta
SEORANG buruh maut manakala rakannya cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 76, Jalan Jerangau -Jabur, dekat Bukit Besi, hari ini. Dalam kemalangan jam 2.15 petang, Ahmad Basri Muhammad, 32, yang bekerja sebagai buruh meninggal dunia di tempat kejadian. Rakannya, Zamri Mansol, 41, yang bekerja sebagai pencuci kereta cedera parah dan…
-
Rugi RM2 bilion akibat kekurangan buruh, kata pengeluar alat ganti kereta
KEKURANGAN tenaga kerja sejak dua tahun lalu menyebabkan pengeluar alat ganti automotif mengalami kerugian sebanyak RM2 bilion dalam eksport setahun, menurut Persatuan Pengeluar Peralatan Komponen Automotif Malaysia (Macpma). Presidennya, Chin Jit Sin berkata, industri itu menyumbang 2% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dan kesan kelembapan dalam operasi juga menyebabkan kelewatan dalam penghantaran kenderaan.…