Mayat buruh lemas ditemui selepas 30 jam

0
168

MAYAT seorang buruh yang lemas semasa mandi bersama rakannya di Sungai Lebir, Manek Urai, Kuala Krai kelmarin ditemui dalam keadaan terapung di kawasan sungai tersebut selepas lebih 30 jam hilang.

Mangsa, Mohd. Zulkifli Salleh, 31, dijumpai kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi dia mandi selepas memancing bersama tiga rakannya oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis dan bomba kira-kira pukul 7.24 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mayat mangsa yang berasal dari Kampung Slor Machang, Sungai Sak di sini ditemui terapung di bahagian sebelah kiri sungai berkenaan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke darat sebelum proses pengecaman dilakukan oleh keluarga mangsa.

“Mayat Mohd. Zulkifli dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat dan operasi mencari mangsa ditamatkan pada pukul 7.50 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Kosmo!.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, kegembiraan empat sahabat memancing di Sungai Lebir, Manek Urai di sini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas semasa mandi di sungai itu petang Ahad lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here