Buruh didakwa rogol anak tiri bawah umur

0
100

SEORANG buruh didakwa di Mahkamah Sesyen pada Selasa atas tuduhan merogol anak tiri, Jun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Lelaki itu didakwa merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun tujuh bulan ketika kejadian yang mana tertuduh tidak boleh berkahwin dengan mangsa mengikut hukum agama Islam.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kandis, dekat Pasir Puteh, kira-kira jam 6 petang, pada Jun 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan sehingga 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh kerana kes itu serius dan tidak boleh dijamin.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 21 Ogos depan untuk sebutan semula kes serta laporan kimia lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here