Buruh maut, rakan parah kemalangan 3 kereta 

0
374

SEORANG buruh maut manakala rakannya cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 76, Jalan Jerangau -Jabur, dekat Bukit Besi, hari ini.

Dalam kemalangan jam 2.15 petang, Ahmad Basri Muhammad, 32, yang bekerja sebagai buruh meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakannya, Zamri Mansol, 41, yang bekerja sebagai pencuci kereta cedera parah dan dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta yang dipandu Zamri dari arah Kuantan Ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan dan terbabas selepas melalui satu selekoh tajam di situ.

“Berikutan itu, kereta mangsa terbabas ke kanan jalan sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu Mat Yusof Embong, 56, yang datang dari arah bertentangan.

“Dalam masa yang sama, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada di belakang gagal membrek,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Baharudin berkata, sepasukan tujuh anggota Bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk.

“Pasukan Bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang duduk di sebelah pemandu yang tersepit dalam tempoh kira-kira 10 minit.

“Zamri yang cedera parah pada bahagian badan dan perut serta Mat Yusof yang cedera di bahagian perut dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa yang berasal dari Gual Periok Rantau Panjang dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here