Buruh miliki 781 pil dadah bernilai RM7,810 ditahan

0
208

POLIS menahan seorang buruh berusia 33 tahun dan merampas 781pil disyaki dadah bernilai RM,7810 di Kampung Batu Jong, Kuala Krai, pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pada jam 1.15 pagi semalam, ketika membuat rondaan cegah jenayah di jalan kampung berkenaan, anggota bertugas melihat suspek yang sedang berjalan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, sebaik anggota memperkenalkan diri, suspek cuba bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek menjumpai satu beg kecil berzip hitam berwarna-warni bercorak bertulis yang diletakkan di dalam poket hadapan sebelah kiri seluar pendek warna kelabu lusuh yang dipakai suspek.

“Hasil pemeriksaan di dalam beg itu mengandungi 169 pil merah (16.9 gram (g)) dan 12 pil keputihan (1.2g) yang disyaki dadah,” katanya menerusi satu kenyataan, di Kota Bharu, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pemeriksaan lanjut ke atas beg silang yang disandang suspek turut menjumpai satu beg uncang warna hitam tanpa tulisan.

“Di dalamnya mengandungi tiga paket plastik berwarna biru bergaris merah dengan jumlah keseluruhan 600 pil (60g) pil disyaki dadah selain kad pengenalan milik suspek.

“Ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine selain turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1) ADB 1952; Seksywn 39A(1) ADB 1952; Seksyen 12(2) ADB 1952; serta Seksyen 15(1) ADB 1952.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here