Tag: Besut
-
Hafizah 30 juzuk al-Quran raih markah ACCA kedua tertinggi dunia
SEORANG penghafaz al-Quran atau ‘hafizah’ meraih pencapaian cemerlang apabila menduduki tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi sesi Mac lepas. Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun, Safwa Zamri, 19, menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize bagi kertas ‘FA1-Rekod Transaksi Kewangan’ dengan memperoleh markah 98 peratus, sekali gus…
-
Jasad Wahab ditemukan lebih 60 jam terjatuh air terjun
MAYAT Abdul Wahab Mat Sulaiman, yang terjatuh dari tingkat lima air terjun ketika menyelenggara saluran paip Taman Rekreasi Lata Tembakah, Sungai Tenang, di Besut, Khamis lalu, akhirnya ditemukan pagi ini selepas lebih 60 jam. Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid, mayat mangsa ditemukan di tingkat dua air terjun di…
-
62 jalan di Terengganu ditutup kepada semua lalu lintas
SEBANYAK 62 laluan di seluruh negeri ini ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air, berikutan hujan berterusan sejak Ahad lalu. Jalan di daerah Besut mencatatkan penutupan tertinggi menyebabkan daerah itu terputus hubungan antara Kelantan dan Kuala Terengganu, lapor BH Online. Sebanyak 24 jalan utama, termasuk Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, bermula di Kampung Padang Luas…
-
Paras air di beberapa sungai di Terengganu meningkat
PENDUDUK di beberapa kawasan di Terengganu diminta bersiap siaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi menghadapi kemungkinan banjir. Ia susulan kenaikan paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dalam laman media sosialnya memaklumkan stesen yang telah mengalami kenaikan air aras bahaya…
-
PRU-15: PN mampu pecah rekod BN di Besut
PERIKATAN Nasional (PN) dijangka memecahkan rekod yang dipegang Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama apabila menguasai kerusi Parlimen Besut buat beberapa penggal. Peluang PN lebih cerah memandangkan penyandangnya Tan Seri Idris Jusoh menarik diri daripada dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini. Calon Pas mewakili PN bagi Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad…
-
PAS yakin rampas Besut daripada BN
PAS yakin mampu merampas kerusi Parlimen Besut daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), sekali gus akan memperkuat parti di peringkat negeri, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Husain Awang. Beliau berkata justeru, keputusan telah dicapai bahawa calon daripada PAS akan bertanding di kerusi Parlimen berkenaan dan perkara itu turut dipersetujui oleh Bersatu…
-
Besut dilanda ribut, rumah, sekolah rosak teruk
PENGHUNI lebih 60 rumah di tujuh kampung di Jertih berdepan detik cemas apabila kawasan itu dilanda ribut sehingga merosakkan kediaman mereka pada petang semalam. Kampung terlibat dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu ialah Kampung Pusu Tinggi, Bukit Puteri, Dengir, Tok Has, Lay Out Tok Has, Gong Penaga dan Air Terjun manakala Sekolah Kebangsaan (SK)…
-
Kereta bawa pendatang asing terlibat kemalangan, pemandu ditahan
SEORANG lelaki tidak sempat menerima habuan membawa 10 pendatang asing tanpa izin, apabila dia ditahan polis selepas kereta Perodua Alza dipandunya terbabit kemalangan jalan raya di Kampung Tok Dor dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian pada 7.20 pagi itu, suspek yang ‘menyumbat’ 10 penumpang (semua lelaki) dalam…
-
20 ekor kucing mati bergelimpangan di pantai Bukit Keluang, Besut
SEBANYAK Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di Besut, Terengganu, semalam. Video penemuan bangkai kucing itu, yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook sejak tengah hari tadi serta mendapat pelbagai reaksi warganet yang meluahkan rasa…
-
Jumlah PPS, ,mangsa banjir di Kelantan, Terengganu meningkat petang ini
HUJAN lebat berterusan di Kelantan dan Terengganu mengakibatkan jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu terus meningkat petang ini berbanding pagi tadi. Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat kepada 5,722 orang daripada 1,736 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 4,335 orang daripada 1,287 keluarga pagi tadi, melibatkan 102 PPS yang beroperasi. PPS tersebut…