62 jalan di Terengganu ditutup kepada semua lalu lintas

0
209

SEBANYAK 62 laluan di seluruh negeri ini ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air, berikutan hujan berterusan sejak Ahad lalu.

Jalan di daerah Besut mencatatkan penutupan tertinggi menyebabkan daerah itu terputus hubungan antara Kelantan dan Kuala Terengganu, lapor BH Online.

Sebanyak 24 jalan utama, termasuk Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, bermula di Kampung Padang Luas hingga ke Bukit Yong, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Tok Dor dan Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Renek ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air sedalam antara 0.30 meter (m) dan 0.80m pada jarak sejauh antara 300m dan 8,000m.

Penutupan jalan kepada semua lalu lintas di daerah Besut, termasuk melalui jalan pantai menyebabkan daerah itu terputus hubungan antara Kelantan dan Kuala Terengganu.

Sehingga jam 8 pagi ini, JKR turut memaklumkan 11 jalan di daerah Hulu Terengganu ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air sedalam antara 0.35m dan 700m.

Hanya tiga laluan iaitu Jalan Sungai Tong/Permaisuri di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong, Jalan Pengkalan Merbau/Pelong di Kampung Seri Kenangan dan Jalan Pengkalan Merbau di Kampung Padang ditutup kepada semua lalu lintas selepas dinaiki air sedalam antara 0.90m dan 1.25m.

Sebanyak 16 jalan di daerah Dungun turut ditutup kepada semua lalu lintas selepas masing-masing ditenggelami air sedalam antara 0.80m dan 1.0m.

Hanya dua laluan iaitu Jalan Penghubung Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) di Bukit Payong dan Jalan Kuala Terengganu/Bukit Besi di simpang ke LPT2, ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air sedalam antara 0.35m dan 0.80m.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here