Category: Jenayah
-
Lelaki gagal seludup tujuh guni daun ketum
CUBAAN seorang yang mengambil kesempatan kebenaran rentas negeri dengan membawa 60 kilogram daun ketum dalam keretanya gagal apabila berjaya dikesan di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Behrang arah selatan, Tanjung Malim, kelmarin. Suspek ditahan pada pukul 11 malam oleh sepasukan anggota polis yang menjalankan tugas Pemantauan Pematuhan Ops COVID-19 setelah pergerakan rentas negeri dibenarkan. Ketua…
-
JAS siasat kebakaran di kebun sawit terbiar
JABATAN Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang akan menyiasat sebuah kawasan kebun sawit terbiar yang terbakar di Jalan Sijangkang Utama, Jalan Kebun Baru, Kuala Langat, semalam. JAS menurusi kenyataan dalam Facebook rasmi memberitahu, pihaknya mendapat aduan awam berkenaan aktiviti pembakaran terbuka tersebut. Pihaknya menjalankan siasatan di kawasan tersebut setelah mendapat aduan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…
-
Warga emas ditahan, 134,700 batang rokok seludup dirampas
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN PENAHANAN seorang warga emas terlibat kegiatan mengedar rokok seludup membawa kepada penemuan barangan tidak bercukai itu yang disembunyikan dalam sebuah premis dan kereta di Taman Bintang Emas, Bukit Pasir, Muar semalam. Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA Bakri, Deputi Supritendan Salehin Suleiman berkata, pihaknya melakukan operasi itu pada pukul 9.40 pagi…
-
Thailand masih belum benarkan, peluang bawa pulang Sajat tipis
PELUANG Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membawa pulang usahawan kosmetik, Nur Sajat sukar susulan desakan beberapa pihak yang mempertahankan kebebasan transgender. Thailand sehingga kini masih belum membenarkan usahawan berkenaan atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman diekstradisi ke negara ini. “Peluang untuk membawa pulang dilihat tipis susulan desakan beberapa pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi…
-
Kapal tangki bawa muatan minyak tanpa dokumen ditahan
PERGERAKAN sebuah kapal tangki dalam keadaan mencurigakan membongkar kesalahan yang dilakukan iaitu membawa muatan diesel tanpa sebarang dokumen pelepasan di pelabuhan Perairan Kemaman, Kemaman, kelmarin. Kapal berkenaan ditahan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kemaman pada pukul 10.45 malam semasa rondaan rutin di sekitar perairan Terengganu. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd…
-
Tragedi bot karam, 17 nelayan terselamat
SERAMAI 17 nelayan tempatan terselamat selepas bot yang dinaiki karam di muara Kuala Kemaman, Kemaman semalam. Dalam kejadian pada jam 5.15 pagi itu, semua mereka diselamatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kemaman selepas orang awam menghubungi agensi berkenaan. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata, pihaknya menerima aduan…
-
Seorang maut, konvoi motosikal ke Cameron Highlands terlibat kemalangan
KESERONOKAN sekumpulan pemuda dari Pulau Pinang berkonvoi ke Cameron Highlands, Pahang bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka maut apabila motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri. Kejadian itu berlaku di Kilometer 157.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Nibong Tebal kira-kira pukul 9 pagi semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, dalam kejadian…
-
Bomba selamatkan lelaki sesak nafas, melecur dalam kebakaran
SEORANG lelaki terselamat selepas mengalami sesak nafas dalam rumahnya yang terbakar di Taman Desa Karunmas, Kajang hari ini. Lelaki tersebut yang terperangkap dalam rumah itu tidak mampu menyelamatkan diri sebelum pihak bomba datang menyelamatkannya. Tindakan pantas pihak bomba selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 4.23 pagi berjaya menyelamatkan mangsa. Pengarah Jabatan Bomba dan…