JAS siasat kebakaran di kebun sawit terbiar

0
685

JABATAN Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang akan menyiasat sebuah kawasan kebun sawit terbiar yang terbakar di Jalan Sijangkang Utama, Jalan Kebun Baru, Kuala Langat, semalam.

JAS menurusi kenyataan dalam Facebook rasmi memberitahu, pihaknya mendapat aduan awam berkenaan aktiviti pembakaran terbuka tersebut.

Pihaknya menjalankan siasatan di kawasan tersebut setelah mendapat aduan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika menjalankan rondaan di beberapa lokasi sekitar daerah tersebut.

“Siasatan mendapati lokasi aduan adalah kawasan kebun sawit terbiar yang sedang dibersihkan untuk tanaman semula sawit dan pemilik tanah akan disiasat oleh JAS Cawangan Sepang.

“JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected].

“Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada JBPM di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan sistem pesanan ringkas (SMS) pada talian 03-88880964,” demikian menurut kenyataan itu, hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here