Author: Akmal Ahmad
-
Pengguna merungut bil elektrik naik hampir dua kali ganda
BELUM reda isu kenaikan harga barang yang membebankan pengguna, kini rakyat ‘dihidangkan’ lagi dengan kenaikan tarif elektrik yang didakwa lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya. Tinjauan SatuBerita di media sosial mendapati, rata-rata pengguna meluahkan rasa tidak puas hati apabila bil elektrik mereka naik hampir dua kali ganda berbanding bulan sebelumnya. Menerusi perkongsian di Facebook, Nur Habibi…
-
Warga Selangor sambut baik inisiatif pusat jagaan kanak-kanak
INISIATIF Perikatan Nasional (PN) membina pusat jagaan kanak-kanak jika berjaya menawan negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang disambut baik golongan penjawat awam negeri itu. Rata-rata mengharapkan supaya pusat jagaan anak-anak dibina di setiap pejabat atau premis berdekatan bagi memudahkan golongan ibu khususnya memantau perkembangan anak mereka secara dekat. Bagi pembantu tadbir, Masfufah…
-
Tubuh segera RCI tangani isu kapal LCS-Ibrahim Ali
PRESIDEN Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali mencabar kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lantang membasmi rasuah supaya menubuhkan segara Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat secara terperinci isu penyelewengan projek kapal tempur persisir (LCS). Beliau turut meminta laporan mengenai kapal itu dibentang di parlimen dan umum untuk pengetahuan seluruh rakyat…
-
Kalimah Allah hanya untuk orang Islam – NGO
HAMPIR 100 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebagai bantahan terhadap keputusan Kerajaan menarik balik rayuan kes kalimah Allah. Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata menjadi tanggungjawab untuk menyatakan pendirian dan solidariti, untuk mempertahankan kesucian nilai agama Islam apabila ia telah disentuh…
-
Muhyiddin gesa kerajaan sedia langkah konkrit tangani masalah rakyat
PENGERUSI Institut Masa Depan Malaysia (MASA) Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan segera mengambil langkah konkrit menyeluruh untuk menangani masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat pada masa ini. Langkah-langkah yang berbentuk runcitan atau “piecemeal” tidak memadai untuk menangani masalah yang berbentuk struktural seperti kos sara hidup dan inflasi yang memberi kesan jangka panjang terhadap kehidupan…
-
[VIDEO] Manfaat geran penyelidikan MASA besar – Penyelidik
PENYERTAAN kali pertama bertajuk Food Security Resiliency Building a Sustainable Food Security -Land Use Framework ternyata membawa tuah buat Dr Maria Mohd Ismail,33, dari Jabatan Sains dan Politik, Pentadbiran Awam dan Pembangunan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM) apabila terpilih sebagai salah seorang penerima geran penyelidikan Program Pembangunan Dasar Institut Masa Depan Malaysia (MASA).…
-
Jualan merudum, berniaga tidak semeriah dahulu, keluh peniaga Bazar Jalan TAR
BAZAR sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Kuala Lumpur memang sinonim dengan sambutan Aidilfitri saban tahun. Namun, berbeza tahun ini apabila gerai jualan di sini disifatkan kurang mendapat sambutan meskipun Aidilfitri bakal disambut minggu depan. Tinjauan SatuBerita di sekitar jalan TAR mendapati, rata-rata peniaga mengeluh kerana perniagaan mereka tahun ini agak merundum berbanding tahun sebelumnya.…
-
‘Harap ada berita gembira buat rakyat’ – Noorazlan
PERJUANGAN Noorazlan Ismail, 49 yang nekad berjalan kaki sejauh 312 kilometer dari Tol Skudai ke Istana Negara bagi membawa misi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berakhir selepas tiba di sini, hari ini. Norazlan yang memulakan misi perjalanan solonya jam 28 Mac lalu tiba di ibu negara semalam selepas mengharungi enam hari perjalanan. Bapa…
-
Penyokong Najib berhimpun di luar Istana Kehakiman
HAMPIR 100 penyokong Datuk Seri Najib Razak berkumpul di luar Istana Kehakiman Putrajaya hari ini sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu yang menghadiri prosiding semakan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan bersalah penyelewengan dana SRC International. Mahkamah Persekutuan sebelum ini mengekalkan sabitan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta…