Muhyiddin gesa kerajaan sedia langkah konkrit tangani masalah rakyat

0
140

PENGERUSI Institut Masa Depan Malaysia (MASA) Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan segera mengambil langkah konkrit menyeluruh untuk menangani masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat pada masa ini.

Langkah-langkah yang berbentuk runcitan atau “piecemeal” tidak memadai untuk menangani masalah yang berbentuk struktural seperti kos sara hidup dan inflasi yang memberi kesan jangka panjang terhadap kehidupan rakyat dan kemakmuran negara.

“Janganlah semasa sebelum berkuasa pandai bercakap, tetapi apabila berkuasa tak pandai buat. Malah, menutup mata dan memekakkan telinga apabila berhadapan dengan tuntutan rakyat. Langsung tidak peka dan tidak prihatin terhadap nasib rakyat jelata.

“Sebahagian besar daripada golongan B40 ini adalah Bumiputera. Dengan masalah pendapatan mereka yang kian merosot dan tekanan kos sara hidup serta inflasi yang kian meningkat, saya bimbang matlamat untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat Bumiputera seperti yang menjadi dasar kerajaan sebelum ini akan terjejas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) di ibu negara pada Rabu.

Sejak awal penubuhannya, MASA telah terlibat bersama-sama dengan para pemegang taruh dalam pelbagai sektor termasuk ahli-ahli akademik, pertubuhan ekonomi, badan-badan bukan kerajaan, pihak swasta dan agensi kerajaan untuk membangunkan kerangka dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), yang antara lain bertujuan untuk mencapai taraf hidup rakyat Malaysia yyang wajar serta memacu kemajuan dan kemakmuran ekonomi yang adil dan saksama.

Menurutnya, dalam beberapa kajian terkini yang dilihat, majoriti rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40 dan M40 merasakan bahawa kedudukan kewangan peribadi mereka semakin terjejas.

“Kerana itulah terdapat gesaan yang kuat daripada rakyat supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpualn Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh mereka gunakan pada masa yang agak kritikal sekarang ini bagi menampung keperluan harian.

“Malangnya, kerajaan tidak mendengar keluhan dan permintaan rakyat, selain tidak mempunyai sebarang langkah yang konkrit bagi membantu rakyat menghadapi zaman yang sukar pada masa ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here