Pengguna merungut bil elektrik naik hampir dua kali ganda

0
217

BELUM reda isu kenaikan harga barang yang membebankan pengguna, kini rakyat ‘dihidangkan’ lagi dengan kenaikan tarif elektrik yang didakwa lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya.

Tinjauan SatuBerita di media sosial mendapati, rata-rata pengguna meluahkan rasa tidak puas hati apabila bil elektrik mereka naik hampir dua kali ganda berbanding bulan sebelumnya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Nur Habibi Qalbi menjelaskan penggunaan elektrik di kediamannya naik sehingga RM290 hingga RM300 sebulan.

“Rumah kami ni hanya ada 1 aircond, (tak hidup sampai 24jam pun sehari),1 smart TV yang jarang di buka, 1 peti sejuk,1 coway dan mesin basuh yang guna seminggu dua kali saja juga beberapa biji lampu yang tak pernah on 24 jam sehari.

“Kak long pun taktau.. apaa yang buat bil sampi RM290-RM300 sebulan. Barang elektrik lain pun bukan guna selalu macam seterika, lampu luar rumah pun dah lama takde. Dryer pun dah 3 bulan tak guna sebab rosak.

“Entah lah.. pening tengok bil.. rumah bukan besar pun. 3 bilik. 2 je guna… bilik baju tu bukan buka lampu atau guna apa2 lektrik kat dalam. RM600 tu bil kami 2 bulan. korang ade macam ni jugak ke?,” tulisnya.

 Shahridzwan Sabri pula berkata,kenaikan mendadak bil elektrik di kediamannya mencetuskan tanda tanya kerana sebelum ini bil elektriknya tidak pernah mencecah ratusan ringgit.

“Harini technician TNB datang check meter berkenaan isu bil naik mendadak bulan May lepas, tapi dah boleh agak jawapan tetap la cakap meter x ada masalah. Dia suruh monitor penggunaan elektrik hari2, mungkin naik sebab musim panas dan raya tempoh hari.

“Isu di sini setahun lebih duduk bil tak pernah tinggi macam bulan May lepas dekat 3 kali ganda. Apps TNB dah xleh monitor daily use cuma monthly use, so xleh nak detect hari apa ada kegunaan elektrik yg tinggi

“Tiada penambahan alat elektrik kecuali air cond kerap sikit guna sama macam musim raya tahun lepas tapi beza banyak juga kalau compare, kalau naik sekali ganda masih boleh diterima,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan adakah gap tarif elektrik guna ikut kWh terlalu besar sampai beza guna lebih sikit boleh naik tiga kali ganda.

“Adakah subsidi elektrik dikurangkan ikut kadar penggunaan? Macam mana dengan rumah kebajikan dan institusi kurang berkemampuan.

“Mungkin dulu orang yg kurang berkemampuan guna elektrik sikit tp releven ke dgn situasi zaman sekarang sebab dulu benda kehendak dh jadi keperluan. Contoh kipas, aircond, seterika, penapis air dan beberapa jns brg elektrik lain.

“Minta pendapat sesiapa yg ada kemahiran dlm isu ni. Bil boleh dibayar cuma nak tahu benda macam ni berterusan atau bermusim,” katanya-SB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here