Tag: Tanah runtuh

  • OIC rakam ucapan takziah tragedi tanah runtuh Batang Kali

    OIC rakam ucapan takziah tragedi tanah runtuh Batang Kali

    PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya susulan insiden tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali. Ucapan takziah itu disampaikan Setiausaha Agungnya Hissein Brahim Taha melalui akaun Twitter OIC. Beliau menyuarakan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan semoga keluarga mangsa dikurniakan ketabahan. Setakat semalam seramai 25 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-25 dijumpai pada kedalaman 17 meter

    Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-25 dijumpai pada kedalaman 17 meter

    MAYAT mangsa ke-25 yang juga kanak-kanak perempuan ditemui pada kedalaman 17 meter di lokasi runtuhan tanah. Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya telah menggali lokasi berkenaan sedalam tujuh hingga lapan meter. Bagaimanapun, dengan bantuan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), pasukan mencari dan menyelamat dapat mengali…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Padanan mangsa hilang dengan laporan waris dilakukan

    Tanah runtuh Batang Kali: Padanan mangsa hilang dengan laporan waris dilakukan

    POLIS sedang melakukan pemadanan identiti mangsa hilang dengan laporan waris keluarga insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor, baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya yakin akan ada waris yang tampil membuat laporan bagi memaklumkan kehilangan keluarga mereka yang kini sudah hari…

  • Mayat budak perempuan ditemui di lokasi tanah runtuh

    Mayat budak perempuan ditemui di lokasi tanah runtuh

    OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat Batang Kali yang memasuki hari kelima hari ini, menemukan mayat seorang kanak-kanak perempuan pada 11.15 malam sebelum operasi ditangguhkan pada 12 tengah malam. Penemuan mayat kanak-kanak dianggarkan berusia lingkungan lima hingga tujuh tahun itu, menjadikan angka korban tragedi berkenaan kini 25 mangsa.…

  • Keluarga insiden Batang Kali kecewa ada pihak kutip sumbangan

    Keluarga insiden Batang Kali kecewa ada pihak kutip sumbangan

    AHLI keluarga kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor, Tai Chang Lin meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak tidak dikenali melancarkan tabung sumbangan kononnya untuk membantu meringankan beban keluarga terlibat. Menurut Tai Seng Fui, 62, anaknya, Chang Lin, 35, menantu, Yu Siew Pay, 34, dan dua cucunya masing-masing berusia empat serta tujuh…

  • Tanah runtuh: Lebih 80 peratus kawasan runtuhan digali,diperiksa-Bomba

    Tanah runtuh: Lebih 80 peratus kawasan runtuhan digali,diperiksa-Bomba

    LEBIH 80 peratus kawasan runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini telah diperiksa anggota penyelamat setakat ini bagi mencari baki sembilan lagi mangsa yang masih hilang. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata faktor tanah yang lembut dan cuaca hujan yang menyumbang kepada takungan air di bawah…

  • Kesemua 24 mayat mangsa tanah runtuh Batang Kali dituntut waris

    Kesemua 24 mayat mangsa tanah runtuh Batang Kali dituntut waris

    KESEMUA 24 mayat mangsa tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali – Gohtong, dekat Sungai Buloh sudah dituntut waris masing-masing. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah ketika mengesahkan perkara itu berkata tiga mayat terakhir yang ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) dituntut warisnya, malam tadi.…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR mencabar, struktur tanah sedalam 16 meter

    Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR mencabar, struktur tanah sedalam 16 meter

    OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, di sini agak mencabar susulan struktur tanah yang berada pada kedalaman 16 meter. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat JBPM Selangor, Hafisham Mohd Nor berkata, ia berikutan faktor cuaca hujan yang turut menyebabkan permukaan tanah menjadi lembik.…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Tujuh kenderaan ditemui, lima dikenal pasti

    Tanah runtuh Batang Kali: Tujuh kenderaan ditemui, lima dikenal pasti

    SEJUMLAH tujuh buah kenderaan telah ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lima buah kenderaan telah dikenal pasti. “Daripada lima buah kenderaan, dua melibatkan mangsa yang masih hidup, dua…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Cuaca mendung, operasi SAR sembilan lagi mangsa diteruskan

    Tanah runtuh Batang Kali: Cuaca mendung, operasi SAR sembilan lagi mangsa diteruskan

    MEMASUKI hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini diteruskan hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memberi fokus di Sektor A (Hillview) dan Sektor C…