Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR mencabar, struktur tanah sedalam 16 meter -

Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR mencabar, struktur tanah sedalam 16 meter

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, di sini agak mencabar susulan struktur tanah yang berada pada kedalaman 16 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat JBPM Selangor, Hafisham Mohd Nor berkata, ia berikutan faktor cuaca hujan yang turut menyebabkan permukaan tanah menjadi lembik.

“Struktur tanah yang asal kini telah mencecah 16 meter yang tertinggi direkodkan dan keadaan tanah jadi lembik dan becak.

“Namun di kawasan itulah kita akan berusaha untuk membuat pencarian, kita akan korek sehingga mencecah dasar,” katanya ketika sidang media pada Isnin, lapor Astro AWANI.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, operasi pencarian pada Isnin akan menumpukan di sektor A dan C serta kawasan yang masih belum digali.

Ini berikutan tiada sebarang lagi penemuan baharu setakat operasi yang berlangsung sejak Ahad.

“Kita harap usaha ini membuahkan hasil kerana kita dah usaha seharian semalam, malangnya tiada lagi penemuan” ujarnya lagi.

Selain itu, pihaknya turut menggerakkan sebanyak lapan jentera pengorek bagi membantu memudahkan operasi SAR.

Setakat ini, seramai 135 anggota ditempatkan di lapangan dengan kersama pelbagai agensi untuk mencari sembilan lagi mangsa yang belum ditemui.

Sebagai langkah keselamatan, Hafisham memberitahu, pegawai keselamatan turut ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau risiko anggota yang terlibat dalam operasi SAR.

“Pegawai keselamatan akan tiup wisel sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.

“Kita telah dimaklumkan semalam oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) risiko gelinciran tanah sangat rendah jadi dengan maklumat itu kita teruskan operasi hari ini,” katanya lagi.