Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
OIC rakam ucapan takziah tragedi tanah runtuh Batang Kali -

OIC rakam ucapan takziah tragedi tanah runtuh Batang Kali

PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya susulan insiden tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali.

Ucapan takziah itu disampaikan Setiausaha Agungnya Hissein Brahim Taha melalui akaun Twitter OIC.

Beliau menyuarakan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan semoga keluarga mangsa dikurniakan ketabahan.

Setakat semalam seramai 25 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm itu.

Kejadian berlaku pada 2.42 pagi  Jumaat (16 Dis) dan seramai 61 orang terselamat manakala lapan lagi masih hilang.

— BERNAMA