Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tanah runtuh Archives - Page 4 of 9 -

Tag: Tanah runtuh

  • Pegawai bomba hiba keluarkan mayat dua beranak berpelukan

    Pegawai bomba hiba keluarkan mayat dua beranak berpelukan

    MENGELUARKAN mayat ibu dan anak berusia dalam lingkungan tiga tahun di bawah timbunan lumpur dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali cukup meruntun hati seorang pegawai bomba. Naluri Shahari Shamsuddin, 47, sebagai bapa tersentuh saat melihat jasad dua beranak yang berpelukan itu, lantas teringat anaknya dan bagaimana jika keluarga berdepan peristiwa menyayat hati seperti itu.…

  • Tanah runtuh: Kerja lebih masa dalam operasi SAR, ’Blake’ K9 direhatkan

    Tanah runtuh: Kerja lebih masa dalam operasi SAR, ’Blake’ K9 direhatkan

    KETIKA ramai berkongsi di media sosial gambar memaparkan anggota pasukan penyelamat kepenatan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di sini, tidak ramai yang tahu terdapat ‘hero’ lain turut mengalami keadaan sama. Pendamping pasukan SAR iaitu anjing unit pengesan (K9) turut bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamatkan mangsa insiden tanah runtuh sejak…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Pilu seorang nenek, hilang empat ahli keluarga sekelip mata

    Tanah runtuh Batang Kali: Pilu seorang nenek, hilang empat ahli keluarga sekelip mata

    LULUH jiwa seorang nenek apabila dia kehilangan empat ahli keluarga sekelip mata dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, pada Jumaat. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Beh Su Lee, 59, kehilangan anak perempuannya, menantu serta dua cucu yang berusia satu dan enam tahun. Menurutnya, pengecaman mayat ke…

  • Tanah runtuh: Pengusaha tapak perkhemahan, dua pekerja dipanggil bantu siasatan-Polis

    Tanah runtuh: Pengusaha tapak perkhemahan, dua pekerja dipanggil bantu siasatan-Polis

    POLIS telah memanggil pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dan dua pekerjanya bagi membantu siasatan berhubung tragedi tanah runtuh yang setakat ini telah mengorbankan 24 nyawa. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah berkata lelaki tempatan berusia 50-an dan dua pekerja lelaki berusia lingkungan 30-an itu, hadir di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor petang…

  • Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan

    Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan

    JENAZAH mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor, Nurul Azwani Kamaruzaman, 31, selamat dikebumikan, malam ini. BH Online melaporkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih, di sini, kira-kira jam 10 malam. Ibu Allahyarham, Siti Esah Hassan, 53, berkata kali terakhir dia bercakap dengan anak…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Pengurus tapak perkhemahan akan dipanggil – Polis

    Tanah runtuh Batang Kali: Pengurus tapak perkhemahan akan dipanggil – Polis

    POLIS akan memanggil pengurus tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Batang Kali di sini susulan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 23 mangsa setakat ini. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah dalam sidang media di lokasi insiden, di sini pada Sabtu. “Setakat ini, kita akan panggil pengurus tapak perkhemahan dan kita…

  • Lokasi tragedi Batang Kali adalah kawasan sensitif kerana pembangunan tanah

    Lokasi tragedi Batang Kali adalah kawasan sensitif kerana pembangunan tanah

    Kawasan tragedi runtuhan cerun yang meranapkan tiga tapak perkhemahan milik Father’s Organic Farm di sini awal pagi semalam, disifatkan sebagai kawasan yang sensitif kepada pembangunan tanah. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dalam kenyataannya, menjelaskan ciri fizikal kawasan itu adalah bukit batu granit yang dikelilingi Hutan Simpan Batang Kali iaitu hutan perlindungan tanah dan hutan taman…

  • Tanah Runtuh Batang Kali: TUDM sedia bantu operasi SAR

    Tanah Runtuh Batang Kali: TUDM sedia bantu operasi SAR

    TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersedia menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor, sekiranya diperlukan. Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, berkata walaupun operasi SAR dikendalikan pelbagai jabatan yang berkaitan, anggota TUDM sentiasa bersiap sedia membantu dan menyokong keperluan operasi…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Identiti 21 mangsa maut belum dikenal pasti – Polis

    Tanah runtuh Batang Kali: Identiti 21 mangsa maut belum dikenal pasti – Polis

    IDENTITI kesemua 21 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini masih belum dikenal pasti. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, mereka yang terkorban ditemukan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. “Seramai 21 mangsa (terkorban) yang kita jumpa itu semuanya tiada dokumen. “Sekarang mereka…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Runtuhan setinggi bangunan 10 tingkat

    Tanah runtuh Batang Kali: Runtuhan setinggi bangunan 10 tingkat

    RUNTUHAN tanah yang melebihi 10 tingkat bangunan menyukarkan proses pencarian dan penyelamatan mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerusi kenyataannya berkata, runtuhan tanah adalah lebih daripada 10 tingkat bangunan sehingga ia menyukarkan kerja- kerja penyelamatan dijalankan “Walaubagaimana pun, usaha daripada anggota bomba yang tidak berputus asa mencari…