Tag: Tanah runtuh

  • Operasi SAR: Seorang kanak-kanak lelaki sasaran akhir pasukan mencari

    Operasi SAR: Seorang kanak-kanak lelaki sasaran akhir pasukan mencari

    BERBAKI satu lagi mangsa yang hilang dipercayai seorang kanak-kanak lelaki, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kesembilan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, Batang Kali, diteruskan hari ini. Semalam, walaupun cuaca dilaporkan baik namun operasi berkenaan ditangguhkan sementara pada 11 malam atas faktor keselamatan pasukan mencari. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat bergulung dengan khemah dituntut keluarga

    Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat bergulung dengan khemah dituntut keluarga

    EMPAT mayat mangsa tanah runtuh yang ditemukan dalam satu khemah dipercayai daripada sebuah keluarga di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, dekat sini, pada Khamis telah dituntut keluarga mereka pagi tadi. Kesemua mayat itu dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh menggunakan kenderaan berasingan pada pukul 11.23 pagi untuk dibawa ke Melaka…

  • Jalan Batang Kali-Genting dijangka dibuka kepada pengguna motosikal seminggu lagi

    Jalan Batang Kali-Genting dijangka dibuka kepada pengguna motosikal seminggu lagi

    JALAN Batang Kali-Genting, Hulu Selangor dijangka dibuka kepada pengguna motosikal dalam tempoh seminggu lagi. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagaimanapun berkata laluan tersebut akan dibuka secara berperingkat kepada kenderaan lain kerana pihaknya masih melakukan pemantauan di kawasan insiden tanah runtuh terbabit. “Kita harap (jalan) akan dibuka dalam seminggu lebih kepada pengguna motosikal.…

  • Tanah runtuh: Keluar hospital, Norazam terus bergegas ke lokasi

    Tanah runtuh: Keluar hospital, Norazam terus bergegas ke lokasi

    PENGARAH Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Selayang akibat serangan angin ahmar ringan pada Isnin, dilihat berada di lokasi tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali di sini pada petang Khamis. Norazam ketika ditemui memaklumkan, beliau berada dalam keadaan baik dan dibenarkan pulang hari…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-26 berpelukan dengan anjing, disahkan Uncle Eric – Polis

    Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-26 berpelukan dengan anjing, disahkan Uncle Eric – Polis

    MANGSA ke-26 yang ditemui di sektor B dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm disahkan Eric Wong Chai Chong atau lebih dikenali panggilan Uncle Eric. Perkara itu disahkan Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dalam sidang media di lokasi kejadian pada Khamis. “Waris yang hadir pada Isnin lalu di lokasi kejadian memang isteri…

  • Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat mangsa ditemui pada kedalaman 7 meter – Polis

    Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat mangsa ditemui pada kedalaman 7 meter – Polis

    EMPAT mayat mangsa dijumpai pasukan mencari dan menyelamat di Sektor C, kawasan tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, pada kedalaman tujuh meter. Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, keempat-empat mayat mangsa ke-27, 28, 29 dan 30 itu ditemui dalam bungkusan khemah. “Perkembangan terkini jam 11.04 pagi, pasukan agensi penyelamat bersama…

  • Tanah runtuh Batang Kali: 4 mayat mangsa terbaru tanah runtuh ditemui

    Tanah runtuh Batang Kali: 4 mayat mangsa terbaru tanah runtuh ditemui

    PASUKAN operasi dan menyelamat (SAR) berjaya menjumpai empat mangsa terbaru insiden tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di sini, pada operasi pencarian yang genap seminggu, hari ini. Menurut Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat mangsa iaitu dua kanak-kanak dan dua individu dewasa masing-masing lelaki dan wanita ditemui pada jam 10.39 pagi tadi. Satu sidang…

  • Tanah runtuh: Seorang lagi murid SJKC Mun Choong belum ditemui

    Tanah runtuh: Seorang lagi murid SJKC Mun Choong belum ditemui

    PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong memaklumkan daripada 26 mangsa yang terbabit dengan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Jumaat lalu, terdapat seorang lagi yang belum ditemui. Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong berkata, murid lelaki…

  • Seminggu berlalu, operasi SAR diteruskan kesan tujuh lagi mangsa

    Seminggu berlalu, operasi SAR diteruskan kesan tujuh lagi mangsa

    OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini pada Jumaat lepas, diteruskan hari ini. Operasi yang memasuki hari ketujuh bersambung semula pada kira-kira 8 pagi tadi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam semalam. Setakat ini, tragedi berkenaan meragut…

  • Tanah runtuh: Mayat mangsa ke-26 lelaki dewasa ditemui – Bomba

    Tanah runtuh: Mayat mangsa ke-26 lelaki dewasa ditemui – Bomba

    PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah runtuh Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali, dekat Hulu Selangor, menemui satu lagi mayat mangsa dipercayai lelaki dewasa. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi. “Kemas kini setakat jam 11.16 pagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR)…