Tanah runtuh Batang Kali: 4 mayat mangsa terbaru tanah runtuh ditemui

0
327

PASUKAN operasi dan menyelamat (SAR) berjaya menjumpai empat mangsa terbaru insiden tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di sini, pada operasi pencarian yang genap seminggu, hari ini.

Menurut Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat mangsa iaitu dua kanak-kanak dan dua individu dewasa masing-masing lelaki dan wanita ditemui pada jam 10.39 pagi tadi.

Satu sidang media berkenaan perkara itu akan diadakan pihak bomba dan polis pada masa terdekat, lapor BH Online.

Setakat semalam, sebanyak 26 mangsa disahkan meninggal dunia, manakala 61 lagi selamat dan tujuh masih hilang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here