Tag: Sukan SEA
-
Sukan SEA: Atlet wushu cipta kejutan rangkul dua emas, sebutir perak
KEM wushu negara tampil cemerlang apabila mencipta kejutan merangkul dua pingat emas dan sebutir perak menerusi disiplin taolu pada hari pertama sukan itu dipertandingkan di Sukan SEA ke-31 di Hanoi. Lebih menceriakan apabila ketiga-tiga pemenang pingat itu, merupakan atlet yang beraksi buat kali pertama di temasya dwitahunan berkenaan, sekali gus memastikan sasaran sebutir perak dan sebutir gangsa skuad…
-
Sukan SEA: Pembangunan bakat terjun perlu diberi tumpuan
SELEPAS beraksi cemerlang untuk menyapu bersih kesemua lapan pingat emas di Sukan SEA ke-31 di sini, kem terjun negara meletakkan harapan tinggi agar lebih banyak tumpuan diberikan di peringkat pembangunan sukan itu. Pengurus pasukan Datuk Leong Mun Yee berkata, ia juga penting bagi memastikan penguasaan Malaysia kekal di kolam terjun temasya berkenaan, apabila beberapa negara…
-
Malaysia sapu bersih emas terjun
MALAYSIA mengesahkan penguasaan dalam sukan terjun bagi temasya Sukan SEA Hanoi kali ini selepas menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan. Ini selepas gandingan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri mengungguli acara 10 meter platform wanita di Pusat Akuatik My Dinh, sebentar tadi. Pandelela dan Nur Dhabitah menampilkan aksi…
-
Taqiyuddin, Sazzlan pertahan emas ganda putra
AKSI mantap dengan kepelbagaian teknik yang ditampilkan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga memberi kelebihan kepada gandingan pesilat negara itu untuk mempertahankan pingat emas acara seni ganda putra pada Sukan SEA ke-31 pada Rabu. Pasangan berkenaan mengungguli acara final tersebut yang berlangsung di Pusat Sukan Bac Tu Liem (Bac Tu Liem Sporting Center), setelah memperoleh 9.905 mata untuk menewaskan pencabar mereka…
-
Gandingan Yan Yee-Ker Ying sumbang emas keempat
PUSAT Akuatik My Dinh, Hanoi terus menjadi lubuk skuad terjunan negara memburu emas, dengan terbaharu pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying mempamerkan aksi cemerlang untuk mendominasi saingan final acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita Sukan SEA ke-31. Kilauan pingat emas terus dituai skuad terjun kebangsaan selepas pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying mempamerkan…
-
Sukan SEA: Tze Liang hadirkan emas ketiga negara
SKUAD terjun kebangsaan meneruskan momentum cemerlang di Sukan SEA ke-31 apabila atlet negara Ooi Tze Liang membutirkan pingat emas ketiga Malaysia selepas mengungguli saingan final acara 1 meter (m) papan anjal lelaki di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini. Tze Liang menampilkan persembahan terpuji dengan mengumpul 377.70 mata dalam keseluruhan enam terjunan untuk menewaskan…
-
Dhabitah raih emas sulung Malaysia
SEPERTI diramal atlet terjun, Nur Dhabitah Sabri menjadi penyumbang pertama pingat emas kontinjen Malaysia di Sukan SEA Hanoi selepas mengungguli saingan acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita, sebentar tadi. Penerjun berusia 23 tahun itu nyata sukar digugat apabila mengumpul keseluruhan 290.45 mata dalam aksi di Pusat Akuatik My Dinh. Rakan sepasukan Dhabitah, Kimberly…
-
Muhammad Ziyad diharap tampil aksi terbaik di Sukan Sea Hanoi
JAGUH lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli diharap mampu menampilkan prestasi terbaik walaupun kurang pendedahan di pentas antarabangsa menjelang Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam bulan depan. Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata temasya dwitahunan itu pastinya menjadi medan menguji atlet terbabit sebelum beraksi pada Sukan Para ASEAN…
-
CDM bimbang pengurangan elaun jejas pencapaian jejas di Sukan SEA
KETUA kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad bimbang pengurangan elaun latihan kepada atlet pada tahun ini, berisiko menjejaskan pencapaian negara di temasya dwitahunan berlangsung Mei ini. Beliau yang menganggap tidak adil untuk melakukan pemotongan besar yang ‘menekan’ persatuan dan atlet, merayu supaya Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan…
-
Hup Wei berhasrat tubuh akademi lompat tinggi
PENUBUHAN akademi lompat tinggi adalah antara matlamat atlet negara, Lee Hup Wei selepas menyatakan hasrat untuk bersara daripada dunia olahraga, tahun depan. Jaguh lompat tinggi kebangsaan berusia 34 tahun dari Kajang itu, yang memaklumkan untuk menceburi bidang kejurulatihan selepas bersara, juga telah selesai menjalani kursus kejurulatihan tahap pertama dalam persediaan menghadapi persaraan. “Belum tahu lagi…