Dhabitah raih emas sulung Malaysia

0
298

SEPERTI diramal atlet terjun, Nur Dhabitah Sabri menjadi penyumbang pertama pingat emas kontinjen Malaysia di Sukan SEA Hanoi selepas mengungguli saingan acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita, sebentar tadi.

Penerjun berusia 23 tahun itu nyata sukar digugat apabila mengumpul keseluruhan 290.45 mata dalam aksi di Pusat Akuatik My Dinh.

Rakan sepasukan Dhabitah, Kimberly Bong memastikan kedudukan 1-2 di atas podium buat Malaysia apabila meraih perak selepas mengumpul 230 mata.

Penerjun Vietnam, Ngo Phuong Mai menyertai dua penerjun negara itu di atas podium apabila meraih gangsa selepas mengumpul 224.0 mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here