Gandingan Yan Yee-Ker Ying sumbang emas keempat

0
369

PUSAT Akuatik My Dinh, Hanoi terus menjadi lubuk skuad terjunan negara memburu emas, dengan terbaharu pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying mempamerkan aksi cemerlang untuk mendominasi saingan final acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita Sukan SEA ke-31.

Kilauan pingat emas terus dituai skuad terjun kebangsaan selepas pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying mempamerkan aksi cemerlang untuk mendominasi saingan final acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Yan Yee-Ker Ying yang pertama kali bergandingan di pentas antarabangsa dinobatkan sebagai pemenang apabila mengumpul keseluruhan 276.30 mata dalam lima terjunan, lapor Bernama.

Pasangan tuan rumah, Mai Hong Hanh-Ngo Phuong Mai yang memungut 237.57 mata meraih pingat perak, sementara gangsa menjadi milik wakil Singapura Ashlee Tan Yi Xuan-Fong Kay Yian selepas mengumpul 229.41 mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here