Tag: rasuah
-
Kes Ahmad Zahid: Netizen kecam kenyataan Anthony Loke
MESKIPUN DAP menggesa Peguam Negara supaya menjelaskan keputusan tidak meneruskan kes pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia jelas tidak dapat diterima kebanyakan netizen. Sebaliknya mereka mengecam kenyataan DAP yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke. Pemilik akaun Nur Fiya secara sinis mempersoalkan sama ada Menteri Pengangkutan itu cuba memilih jalan selamat apabila memilih naratif…
-
Kes Ahmad Zahid: ‘Bazir masa mahkamah, wang rakyat’ – Hakim
“Jika terdapat pendakwaan kes di masa depan, namun tidak berhasrat untuk meneruskan kes, ia akan membazirkan masa mahkamah dan wang rakyat,” kata hakim yang mendengar kes rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin. Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan)…
-
Anggota polis mengaku tak salah 98 tuduhan rasuah lebih RM30,000
SEORANG anggota polis berpangkat sarjan mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas 98 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM31,400 pada 2021 dan 2022. Tertuduh, Anuar Yaakob, 54, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan empat jurubahasa dalam masa lebih 40 minit di depan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain. Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak…
-
Muhyiddin lepas bebas tuduhan rasuah RM232.5 juta
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, hari ini melepas dan membebaskan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. Malaysiakini melaporkan, Hakim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan ke atas bekas pedana menteri itu adalah…
-
Pengumuman geran ratusan ribu Zahid bukan rasuah, kata SPRM
PENGUMUMAN Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai pemberian geran ratusan ribu ringgit kepada beberapa pertubuhan di Terengganu sebagai balasan kepada sokongan terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan bukan satu bentuk rasuah, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Beliau berkata…
-
Saravanan nafi akan dipanggil SPRM
BEKAS menteri sumber manusia Datuk Seri M Saravanan menafikan spekulasi bahawa beliau akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu kes pengubahan wang haram melibatkan ahli perniagaan bergelar “Datuk”. “Ia (hanya) khabar angin, jadi mengapa saya perlu melayannya? Biarkan sahaja,” kata Saravanan kepada FMT apabila ditanya sama ada beliau telah dipanggil oleh SPRM.…
-
Rasuah : PM Singapura arah menteri bercuti sementara sehingga siasatan selesai
PERDANA Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah mengarahkan Menteri Pengangkutan S Iswaran untuk bercuti sementara menunggu siasatan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) negara itu. Menurut CPIB, Iswaran sedang membantu siasatan tetapi tidak dapat memberikan butiran lanjut. Biro itu berikrar akan menyiasat kes itu secara menyeluruh dengan keazaman yang kuat untuk membuktikan fakta dan kebenaran…
-
Mahkamah benarkan Rosmah tangguh prosiding rayuan sabitan kes solar
MAHKAMAH Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor, untuk menangguhkan prosiding rayuan bagi mengetepikan sabitan kes rasuah dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta yang dikenakan terhadapnya. Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy, membuat keputusan berkenaan. Ia susulan…
-
Bekas pegawai KBS didapati bersalah tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
BEKAS Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, sejak 2012. Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap…
-
Warga asing tidak mengaku bersalah beri rasuah RM1,000
SEORANG buruh binaan warga Bangladesh, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Isnin, atas pertuduhan memberi rasuah bernilai RM1,000 kepada seorang pembantu penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), empat bulan lalu. Tertuduh, Shahin Alam, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang berusia 30…