Kes Ahmad Zahid: Netizen kecam kenyataan Anthony Loke

0
540

MESKIPUN DAP menggesa Peguam Negara supaya menjelaskan keputusan tidak meneruskan kes pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia jelas tidak dapat diterima kebanyakan netizen.

Sebaliknya mereka mengecam kenyataan DAP yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Pemilik akaun Nur Fiya secara sinis mempersoalkan sama ada Menteri Pengangkutan itu cuba memilih jalan selamat apabila memilih naratif berkenaan dalam kenyataan medianya.

Kenyataan itu disokong netizen lain yang menganggap tindakan sedemikian ialah perkara biasa.

“Standard dia dah,” tulis Pak Su Sopi.

Turut mempersoalkan keikhlasan kenyataan itu pemilik akaun Puteri Nurul. “Ikhlas ke ni YB?,” tulisnya disusuli emoji ‘berpeluh’.

Pemilik akaun Victor Heng pula berkata, kenyataan itu bersifat tolong menolong sesama rakan.

“Sudah dalam satu group! Lu (Kau) tolong wa (aku), wa (aku) mesti tolong u (kau)!,” tulisnya.

Antara komen netizen dalam hantaran kenyataan di Facebook Anthony Loke.

Selain mempersoal, ramai netizen mengecam kenyataan Loke yang disifatkan merugikan PH.

“Penamat untuk PH. Sudahlah kini hilang dengan pantas undi Melayu. Saya tidak fikir (PH) mampu bersaing dengan PN dapatkan undi Melayu. Pengundi akan pergi kepada MUDA pilihan raya akan datang. PH akan jadi kerajaan sepenggal,” tulis Chan Sia Hui.

Mohammad Hazmin pula menulis, “Rakyat sedang menilai.”

Jingwei berkata, kenyataan itu adalah lawak jenaka hari ini.

“Sangat memalukan. Sudahlah tuan Menteri, tolong berhentilah ‘membersih kesalahan orang lain’. Anda sedang kehilangan undi,” tulis Jingwei.

Mohamadon Abdullah pula menulis:
“Hari ini adalah Hari Terakhir Idris Harun bertugas sebagai Peguam Negara. Kenapa membuat Keputusan saperti ini? Ada Udang sebalik Batu kah????.”

“Mengecewakan.. Anda seorang Menteri Kabinet. Tolong bertindak segera,” tulis Jimmy Oii.

Yus Ramli pula menulis: “Apa yang tinggal untuk PH adalah sentimen anti PAS. Cemarkan imej PAS seburuk yang boleh memandangkan hanya itu yang tinggal untuk dijadikan alasan undi PH.”

“Semua janji hilang, malah tidak berani untuk menyebut perkataan ‘rasuah’,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here