Tag: PN
-
PRN: KJ bersama atau tidak, PN optimis tawan 6 negeri – Wan Saiful
PERIKATAN Nasional (PN) optimis mampu menawan enam negeri termasuk Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang meskipun bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak menyertai parti itu. Bagaimanapun, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya amat berharap Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau menyertai PN memandangkan tawaran…
-
‘PN tak hairan KJ nak main tarik tali’
PERIKATAN Nasional (PN) memaklumkan, gabungan itu hanya memberi tawaran sekali sahaja kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU). Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanya memberi tawaran sekali sahaja. “Pada saya Presiden kita (BERSATU) cakap sekali sahaja sudah cukup. Sama…
-
PN boleh menang 12 kerusi Melayu di P Pinang, ramal penganalisis
SEKURANG-kurangnya 12 kerusi DUN majoriti Melayu di Pulau Pinang dijangka dikuasai Perikatan Nasional (PN) pada PRN, kata penganalisis politik. Lapan daripadanya dimenangi Pakatan Harapan (PH) dan UMNO pada PRU14, manakala empat lagi kerusi Bersatu yang dikosongkan susulan undang-undang anti lompat parti di negeri itu. Kerusi terbabit adalah Bertam, Seberang Jaya, Sungai Acheh dan Telok Bahang.…
-
‘Siapa fitnah saya akan disaman’ – Hamzah
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin sekali lagi menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan tuduhan ke atasnya berkait penerimaan wang judi untuk pilihan raya dan tidak membayar cukai. Tegas Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu, beliau tidak pernah menerima apa-apa dana judi daripada mana-mana pihak dan bersumpah atas nama ALLAH atas perkara…
-
Perubahan kerajaan: Segala-galanya boleh berlaku – Muhyiddin
TAN Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan berlaku perubahan kerajaan pusat sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi semua Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri. Namun, Pengerusi PN itu enggan mengulas bagaimana perubahan kerajaan akan berlaku tetapi menegaskan, ia sedikit sebanyak mampu menggugat kedudukan kerajaan sedia ada jika PN menang di semua enam buah…
-
‘Kerajaan Perpaduan’ sebenar ketika Muhyiddin jadi PM, kata Noh Omar
Kerajaan Perpaduan yang sebenar ialah ketika Malaysia ditadbir oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin, kata bekas Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar. Menurut bekas ahli Parlimen Tanjong Karang itu, pentadbiran Muhyiddin lebih menggambarkan Kerajaan Perpaduan apabila semua parti yang terlibat dalam kerajaan pada ketika itu hanya bekerjasama di peringkat Persekutuan meskipun mempunyai hala tuju masing-masing di peringkat…
-
Jentera PN diingatkan tidak pinggir kawasan hitam – Muhyiddin
PENGERUSI Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa jentera parti tidak meminggirkan kawasan hitam di sesuatu kawasan pilihan raya dengan anggapan kawasan tersebut tidak mempunyai potensi memberikan undi kepada parti. Menurutnya, dalam situasi semasa politik hari ini tidak mustahil pengundi di kawasan hitam itu mampu memberikan undi kepada Perikatan Nasional (PN). “Sebab itu saya tidak…
-
Golongan radikal, pelampau sudah lama keluar Pas – Idris
NAIB Presiden Pas Datuk Idris Ahmad menyangkal dakwaan segelintir pihak yang berterusan menuduh parti itu sebagai “radikal” dan pelampau agama, mengatakan golongan tersebut sudah lama meninggalkan perjuangan parti. Berucap pada Konvensyen Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), di Shah Alam hari ini, beliau berkata parti itu kini diketuai oleh pemimpin yang neutral dalam pemikiran dan kepimpinannya…
-
PRN: PN Selangor tak serang peribadi, fokus selesai masalah rakyat
PERIKATAN Nasional (PN) Selangor tidak akan menyerang peribadi mana-mana pihak atau individu termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kempen mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Pengerusi PN negeri itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebaliknya berkata, PN Selangor akan memberi fokus kepada tiga perkara antaranya menyelesaikan permasalahan rakyat di negeri berkenaan. Katanya, Amirudin…
-
Nyanyi lagu rakyat, bukan ‘Oh Azizah’, kata Azmin
KEGAGALAN kerajaan pusat menyediakan hala tuju yang jelas untuk pembangunan negara menyebabkan rakyat kini semakin terbuka meluahkan rasa tidak puas hati, kata pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN). Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata beliau memahami situasi itu kerana rakyat bawahan sudah memberikan peluang dan ruang yang cukup lama untuk melihat hala tuju kerajaan membangunkan…