‘PN tak hairan KJ nak main tarik tali’

0
143

PERIKATAN Nasional (PN) memaklumkan, gabungan itu hanya memberi tawaran sekali sahaja kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanya memberi tawaran sekali sahaja.

“Pada saya Presiden kita (BERSATU) cakap sekali sahaja sudah cukup. Sama ada dia (Khairy) hendak terima atau tidak itu terpulang pada dia.

“Kalau dia (Khairy) main tarik tali tak apa,” katanya ketika ditemui selepas Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kelantan yang dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan, Muhyiddin pada Mei lalu, mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Pengerusi PN itu mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan dipecat daripada UMNO, pada Januari lalu.

Sumber PN memaklumkan Khairy tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk BERSATU mahu pun menubuhkan parti baharu dalam waktu terdekat lapor BH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here