Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Datuk Dr. Radzi Jidin Archives -

Tag: Datuk Dr. Radzi Jidin

  • Kejayaan Radzi di ‘kerusi panas’ Kementerian Pendidikan

    Kejayaan Radzi di ‘kerusi panas’ Kementerian Pendidikan

    KERUSI Menteri Pendidikan dianggap salah satu ‘kerusi paling panas’ dalam jemaah menteri. Ia memandangkan sesiapa sahaja yang menduduki jawatan itu bertanggungjawab mencorakkan sistem pendidikan negara ini. Tanggungjawab bukan mudah. Bayangkanlah mengikut statistik Kementerian Pendidikan pada Julai 2020 terdapat 4,987,401 orang murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah manakala bilang guru pula ialah 416,743 orang. Statistik…

  • Projek SMK Kota Warisan bukan ‘gula-gula’ PRU15 – Radzi

    Projek SMK Kota Warisan bukan ‘gula-gula’ PRU15 – Radzi

    PROJEK pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Warisan yang akan bermula hujung tahun ini bukan `gula-gula’ menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sebaliknya ia adalah keperluan penduduk. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin menolak dakwaan projek pembinaan sekolah itu bertujuan membantu penduduk menghantar anak ke sekolah yang lebih dekat dengan kediaman mereka. Beliau…

  • Cadangan pinda Akta Pendidikan 1996 perlu penelitian mendalam

    Cadangan pinda Akta Pendidikan 1996 perlu penelitian mendalam

     Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menimbang secara mendalam cadangan beberapa pihak termasuk ahli akademik dan pakar perundangan yang mahu kerajaan meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan persekolahan sehingga ke Tingkatan Lima. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata banyak perbincangan sudah dibuat berikutan ia membabitkan pelbagai aspek kerana pindaan akta tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. “Dalam…

  • Pegang amanah, jalankan tanggungjawab sebagai khalifah seikhlas hati – Radzi

    Pegang amanah, jalankan tanggungjawab sebagai khalifah seikhlas hati – Radzi

    PESERTA Kursus Pemantapan Bersatu Melaka diingatkan bahawa mereka perlu memegang amanah yang telah diberikan dengan seikhlas hati. Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi Datuk Dr. Radzi Jidin, beliau menekankan bahawa setiap peserta kursus berkenaan perlu menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin dengan sehabis baik. “Ucapan perasmian saya sebentar tadi menyentuh berkenaan tanggungjawab kita sebagai khalifah di…

  • MiLL 2022 sarat elemen ‘Sihat, Seronok dan Rasional’ SekolahKu SEJAHTERA – Radzi

    MiLL 2022 sarat elemen ‘Sihat, Seronok dan Rasional’ SekolahKu SEJAHTERA – Radzi

    PERTANDINGAN Malaysian Little League (MiLL) 2022 yang diusahakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) sarat dengan elemen Sihat, Seronok dan Rasional di dalam konsep SekolahKu SEJAHTERA. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Mohd Jidin berkata, MiLL adalah pertandingan liga bola sepak yang julung kali diadakan dengan kerjasama dua kementerian…

  • Wajib pakai pakaian seragam sekolah bermula penggal kedua persekolahan – KPM

    Wajib pakai pakaian seragam sekolah bermula penggal kedua persekolahan – KPM

    KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mewajibkan semua murid untuk memakai pakaian seragam sekolah bermuka penggal kedua sesi persekolahan pada 12 Jun 2022. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, peraturan berkenaan akan dilaksanakan sepertimana ketika sebelum negara dilanda pandemik Covid-19. “Jika sebelum ini Kementerian Pendidikan (KPM) menggalak murid-murid untuk pakai pakaian seragam, tetapi bermula 12 Jun…

  • [VIDEO] KPM tunggu laporan lengkap kebakaran SMK Balai Ringin

    [VIDEO] KPM tunggu laporan lengkap kebakaran SMK Balai Ringin

    KEMENTERIAN Pendidikan sedang mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerosakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Serian, Sarawak yang terbabit dalam kebakaran awal pagi tadi. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, tindakan susulan segera akan diambil mengenai insiden itu. “Insya-Allah, kami akan ikhtiarkan yang terbaik untuk warga SMK Balai Ringin. “Saya dimaklumkan, kebakaran itu turut…

  • Sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru mula dilaksanakan – Dr. Radzi

    Sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru mula dilaksanakan – Dr. Radzi

    KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengumumkan pengautomasian sepenuhnya sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru (e-GTukar) dengan beberapa penambahbaikan fungsi baharu telah mula dilaksanakan pada 1 Januari 2022 lalu. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, guru-guru sudah boleh mengakses aplikasi tersebut pada tarikh yang sama.  “Susulan perubahan kepada aplikasi tersebut, KPM telah menerima pelbagai pandangan dan…

  • 1.3 juta pelajar di empat negeri mula bersekolah hari ini

    1.3 juta pelajar di empat negeri mula bersekolah hari ini

    LEBIH 1.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah melibatkan empat negeri yang sudah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) memulakan sesi persekolahan, hari ini. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, empat negeri terbabit adalah Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Beliau memberitahu, jumlah tersebut merangkumi 694,531 murid sekolah rendah membabitkan Tahap…

  • [VIDEO] Kementerian Pendidikan komited pastikan setiap sen dibelanjakan sebaiknya

    [VIDEO] Kementerian Pendidikan komited pastikan setiap sen dibelanjakan sebaiknya

    KEMENTERIAN Pendidikan komited memastikan setiap sen yang diperuntukkan dibelanjakan sebaiknya demi memastikan generasi pewaris negara mendapat pendidikan terbaik. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kementeriannya menerima peruntukan terbesar iaitu, RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan tahun 2022. “Kementerian berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan,…