Pegang amanah, jalankan tanggungjawab sebagai khalifah seikhlas hati – Radzi

0
361

PESERTA Kursus Pemantapan Bersatu Melaka diingatkan bahawa mereka perlu memegang amanah yang telah diberikan dengan seikhlas hati.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi Datuk Dr. Radzi Jidin, beliau menekankan bahawa setiap peserta kursus berkenaan perlu menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin dengan sehabis baik.

“Ucapan perasmian saya sebentar tadi menyentuh berkenaan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini.

“Untuk mendapatkan ketenangan, kita harus melakukan setiap perkara yang diamanahkan dengan sehabis baik dan seikhlas hati,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran tersebut selepas perasmian Majlis Penutup Kursus Pemantapan Bersatu Negeri Melaka di Shah Alam pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau turut berharap parti Bersatu terus berkembang dan mekar di negeri bersejarah itu selain mengucapkan tahniah kepada Bersatu Melaka atas penganjuran kursus berkenaan.

“Tahniah saya ucapkan kepada Bersatu negeri Melaka di bawah pimpinan Mohd Yadzil Yaakub dan Mas Ermieyati Samsudin atas penganjuran kursus ini. Semoga Bersatu terus mekar di Negeri Melaka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here