[VIDEO] KPM tunggu laporan lengkap kebakaran SMK Balai Ringin

0
375

KEMENTERIAN Pendidikan sedang mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerosakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Serian, Sarawak yang terbabit dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, tindakan susulan segera akan diambil mengenai insiden itu.

“Insya-Allah, kami akan ikhtiarkan yang terbaik untuk warga SMK Balai Ringin.

“Saya dimaklumkan, kebakaran itu turut melibatkan bilik guru dan blok pentadbiran.
Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagi kejadian tersebut,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Tambahnya, beliau pernah melawat sekolah berkenaan ketika kunjungan ke Sri Aman, tahun lalu.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 3.04 pagi dan telah memusnahkan blok pentadbiran bilik guru di tingkat atas bangunan.

Sekolah yang terletak di Kilometer 93, Jalan Kuching – Sri Aman itu memiliki lebih 1,700 pelajar dan sekitar 100 guru. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here