Sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru mula dilaksanakan – Dr. Radzi

0
391

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengumumkan pengautomasian sepenuhnya sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru (e-GTukar) dengan beberapa penambahbaikan fungsi baharu telah mula dilaksanakan pada 1 Januari 2022 lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, guru-guru sudah boleh mengakses aplikasi tersebut pada tarikh yang sama. 

“Susulan perubahan kepada aplikasi tersebut, KPM telah menerima pelbagai pandangan dan maklum balas daripada guru yang membuat permohonan melalui e-GTukar,” katanya di laman Facebook beliau.

Tambahnya, KPM sedang meneliti pandangan yang diberikan serta komited untuk mengoptimumkan lagi aplikasi baharu ini berdasarkan penelitian terhadap pandangan yang diterima.

Dr. Radzi turut sempat mengucapkan terima kasih kepada guru-guru atas pandangan mereka mengenai sistem baharu yang dilancarkan ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here